CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1809|Reply: 2

[Borneo] Penyakit demam babi Afrika ( ASF )

[Copy link]
Post time 30-8-2021 08:36 PM | Show all posts |Read mode
Berikutan penemuan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah dan Kalimantan Utara, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kewangan II, merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) Sarawak telah mengisytiharkan Bahagian Limbang, Kapit dan Bahagian Miri sebagai Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika (ASF). Perintah ini dilaksanakan di bawah Seksyen 35 (1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Limbang yang dipengerusikan oleh Tuan Residen Bahagian Limbang telah bermesyuarat pada hari ini dimana tindakan bersepadu melibatkan pelbagai agensi akan dilaksanakan untuk pengekang Penyakit ASF ini dari merebak.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) telah melaksanakan langkah-langkah kawalan seperti berikut:
1. Pengharaman pengimportan babi dan produk babi ke Sarawak dari negara atau negeri yang terjangkit;
2. Memantapkan pemantauan dan survelan keatas semua ladang babi komersial dan babi kampung di seluruh Sarawak;
3. Kempen kesedaran kepada orang awam;
4. Pengembangan dan pendidikan kepada penternak babi untuk meningkatkan pengetahuan tentang Penyakit Demam Babi Afrika (ASF) bagi mengelakkan ternakan babi dijangkiti;
5. Penakaian babi di kawasan yang dijangkiti di Kampung Buduk Bui, Daerah Lawas, Bahagian Limbang;
6. Pengharaman pengerakan babi dan produk babi dari kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika (ASF) ke kawasan lain.
7. Pengawalan kemasukkan babi dan produk babi dari kawasan lain ke kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika (ASF) memerlukan Permit Pergerakan (Movement Permit) dari Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian.

Dalam Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika (ASF), orang awam tidak dibenarkan:
1. Memindah atau membawa babi hidup, daging babi atau hasil produk babi keluar dari kawasan kawalan;
2. Membawa masuk, berjual beli secara atas talian atau aktiviti kiriman pos sebarang daging babi atau hasil produk babi tanpa permit.
3. Membeli atau menjual atau menyimpan (fizikal dan atas talian) babi hutan dan babi hutan liar untuk mencegah penyebaran virus.


Pada masa yang sama, para penternak telah diarahkan untuk melakukan perkara berikut:
1. Tidak memberi sisa makanan dapur. Sekiranya ternakan babi diberi makanan lebihan dapur, ia perlu dimasak sekurang-kurangnya 30 minit untuk membunuh virus ASF;
2. Melaporkan kepada Pejabat Veterinar terdekat sekiranya terdapat sebarang kematian dalam kalangan babi ternakan;
3. Meningkatkan tahap biosekuriti, kebersihan ladang dan persekitaran dengan menggunakan pembasmi kuman;
4. Mencuci dan membasmi kuman anggota badan setelah bersentuhan dengan haiwan atau hasil produk haiwan;
5. Elakkan sebarang sentuhan di antara babi hutan dan haiwan ternakan dengan menambahbaik dan mempertingkatkan halangan fizikal seperti mengurung dalam kandang dan memagar ternakan babi;
6. Jangan melawat ladang babi yang lain dan jangan menerima pelawat ke ladang kerana dikhuatiri boleh menyebarkan virus Penyakit Demam Babi Afrika (ASF).


Sekiranya terdapat sebarang keganjilan atau kelainan dalam kadar kematian ternakan di ladang ternakan, para penternak dikehendaki untuk melaporkan terus kepada Pejabat Veterinar Bahagian terdekat atau boleh menghubungi talian Whatsapp 016-284 0918.

Sebarang babi atau hasil produk babi yang dipindahkan atau ditawarkan untuk dijual atau dijual dalam pelanggaran Perintah ini, boleh disita atau dimusnahkan oleh Pihak Berkuasa Veterinar Negeri. Tiada pampasan akan dibayar untuk sebarang babi atau hasil produk babi yang dirampas atau dimusnahkan di bawah seksyen ini. Kegagalan untuk mematuhi arahan tersebut akan dikenakan denda tidak melebihi Seribu Ringgit Malaysia (RM1,000.00).

Sesiapa yang didapati membawa masuk ternakan dan hasil ternakan dari negara luar tanpa import permit boleh dikenakan denda tidak melebihi Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia (RM50,000.00) dan/atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai diberi jaminan bahawa daging babi yang terdapat di pasaran adalah selamat untuk dimakan kerana sumber daging babi tersebut adalah dari ladang yang bebas dari virus Demam Babi Afrika (ASF). Selain itu, ASF BUKANLAH PENYAKIT ZOONOTIK kerana tidak menjangkiti manusia.

-Tamat-

DR. ADRIAN SUSIN AMBUD
Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak

30 Ogos 2021













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2021 08:37 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 08:42 PM | Show all posts
mcm2 jak penyakit kinek

last week dah start semua keja
minggu tok ada kes gik.. alu gelabah semua swab test
balit mcm dolok gik keja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.063344 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list