CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1932|Reply: 0

Beg Kapal Terbang Louis Vuitton Lebih Mahal, ‘Baik Beli Kapal Terbang’

[Copy link]
Post time 30-8-2021 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Beg Kapal Terbang Louis Vuitton Lebih Mahal, ‘Baik Beli Kapal Terbang’


Siapa sangka rekaan beg kapal terbang terbaharu dari jenama terkenal, Louis Vuitton ini mempunyai nilai lebih tinggi berbanding kapal terbang sebenar dan mungkin kedengaran tidak masuk akal, bukan?


Beg kapal terbang jenama Louis Vuitton yang menarik perhatian ramai.
Sumber: FMT
Beg kapal terbang ini dilancarkan pada bulan Januari yang lalu dan direka untuk musim luruh juga musim sejuk 2021. Bukan itu sahaja, ia dijual dengan harga $ 39,000 (RM159,724).


Sumber: Twitter (@saint)

Beg eksklusif yang direka khas oleh Virgil Abloh itu dilengkapi dengan ‘kokpit’, sayap dan juga enjin selain menggunakan kanvas monogram khas Louis Vuitton. Bahagian atas ‘bumbungnya’, terdapat pemegang serta tali bahu.

Ada yang mengatakan bahawa harganya sama seperti sebuah kapal terbang sebenar dan ia menjadi perdebatan di media sosial. Buktinya, dia mengatakan bahawa pesawat sebenar akan lebih murah seperti pesawat enjin tunggal Cessna 1968 dengan harga $ 32,300 (RM132,284).


Sumber: Twitter (@vah0603)

Sebuah Cherokee Piper PA-28-140 1967 kini dijual di UK dengan harga $ 39,572 (RM162,067) manakala di Sepanyol dapat membeli Mooney M20E Super 21 1965 dengan harga $ 36,127 (RM147,958), menurut PlaneCheck.com.

Dilaporkan daripada The Indian Express, ada yang mengatakan kekecewaan mereka terhadap harganya. Tidak kurang kurang juga, ada yang mengatakan lebih rela membeli kapal terbang sebenar walaupun beg itu kelihatan unik dan menarik.

Namun begitu, apa yang pasti adalah jenama terkenal itu mempunyai target audience tersendiri, di mana golongan individu yang tidak kisah untuk membelanjakan wang walau untuk ratusan ribu ringgit.

Sumber:https://iamlejen.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051187 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list