CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31466|Reply: 203

Anak Ellie Suriaty buat laporan polis sebab enggan divaksin

  [Copy link]
Post time 30-8-2021 05:38 PM | Show all posts |Read mode



Ampang: Dua remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan membuat laporan polis bagi menyatakan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin yang akan dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar.
Pelajar, Azrell Omar Azri Iskandar, 17, berkata, dia membuat keputusan untuk membuat laporan polis kerana tidak mahu mengambil vaksin atas alasan bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap dirinya.
"Apa yang berlaku terhadap saya selepas menerima vaksin, semuanya atas tanggungan saya sendiri. Justeru itu, saya berhak menolak daripada menjadi bahan eksperimen dengan dicucuk vaksin.
"Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil sebarang risiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin ini yang masih lagi di tahap ujian klinikal.


"Saya tak sanggup mempertaruhkan nyawa saya untuk ujian klinikal ini kerana ada pelbagai kaedah mencegah Covid-19 iaitu melalui cara perubatan homeopati holistik, makanan sunnah yang keluarga saya amalkan bagi mencegah penularan Covid-19," katanya.




Dia berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis bersama adik perempuannya, Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, dan rakannya Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17, di Balai Polis Taman Melawati, di sini, hari ini.
Azrell Omar serta adiknya ditemani ibu mereka yang juga pelakon, Ellie Suriaty Omar ketika membuat laporan polis berkenaan.
Katanya, dia ada menerima borang daripada gurunya untuk mendapatkan vaksin dua minggu lalu.
"Dalam borang berkenaan, kami (pelajar) diberitahu bahawa tiada siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku implikasi akibat pengambilan vaksin.
"Setakat ini, mereka tidak memaklumkan ada tindakan lanjut akan dikenakan sekiranya tidak mengambil vaksin," katanya yang memaklumkan semua ahli keluarganya belum mengambil vaksin sehingga kini.
Menurutnya, tiada mana-mana individu memaksanya membuat laporan itu yang dibuat atas kewarasan sendiri selepas menilai maklumat diperolehinya.
"Saya ambil semua maklumat berkaitan vaksin dan Covid-19 daripada Internet termasuk membaca berita dari luar negara selain maklumat daripada ibu saya, ahli keluarga serta kenalan.
"Dari situ saya menilai sendiri maklumat diperoleh dan membuat keputusan untuk menolak disuntik vaksin," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat individu berkenaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2021 05:38 PM | Show all posts
ellie ni antivaks gak ke nok?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jer dik x payah vaksin, ko home school jer.... Habis citer....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi buat apa nak lapor polis? Kena ugut ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..bodow menurun dr mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgtau parenta hang sediakan duit hire private tutor yg tak vaksin jugak.

Sbb yg vaksin takut nak gi ngajar rumah ko nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2021 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak per dik. Klu kena covid bleh pergi hospital swasta
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah kata keluarga dia amalkan makanan sunnah , homeopati semua..
Oklah tu, apa2 jadi katil hospital ada utk org lain yg lebih memerlukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2021 06:01 PM | Show all posts
Menurutnya, tiada mana-mana individu memaksanya membuat laporan itu yang dibuat atas kewarasan sendiri selepas menilai maklumat diperolehinya.
"Saya ambil semua maklumat berkaitan vaksin dan Covid-19 daripada Internet termasuk membaca berita dari luar negara selain maklumat daripada ibu saya, ahli keluarga serta kenalan.
"Dari situ saya menilai sendiri maklumat diperoleh dan membuat keputusan untuk menolak disuntik vaksin," katanya.


huk aloh aku ingat dapatkan maklumat dari doktor ke, saintis ke.
lantak korang la.

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh dibukaknye artikel yg negatif mmg la rasa nk tolak .. bukan yg dipapar dalam berita tu betul ye … kalau bolh buat research sndiri tgok ingtedient yg ade dalam vaksin hahaha tapi tu kan hak uolls … lepas ni x leh nk bebas jgn bising lak  
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Halah2 bijaknya la ayat kau dikkkkk. Nnt kena kobid check info kat tenet dulu okeh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kikiharris replied at 30-8-2021 05:56 PM
Dia dah kata keluarga dia amalkan makanan sunnah , homeopati semua..
Oklah tu, apa2 jadi katil hos ...

Dah mcm dkt US, semak je dkt hospital lepas kena covid. Patut biar je diaorg ni xleh masuk hospital
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
blue^panther replied at 30-8-2021 05:42 PM
Boleh jer dik x payah vaksin, ko home school jer.... Habis citer....

Kannn...esok ni semua pelajar yg dh divaksin gi sekolah..ko sefamily homeschool dgn anak2 sohai
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:27 PM | Show all posts
Dah sakit nant8 jgn nyalak pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton replied at 30-8-2021 06:01 PM
Menurutnya, tiada mana-mana individu memaksanya membuat laporan itu yang dibuat atas kewarasan sendi ...

hujung2 check kat ternet yg berlambak cite palsu

taknak vaksin sudah bkn org paksa pun.. tp jgn la marah takleh masuk restoren mall ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
okay. nanti kalau pape, sendiri mau ingat ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 30-8-2021 06:27 PM
Kannn...esok ni semua pelajar yg dh divaksin gi sekolah..ko sefamily homeschool dgn anak2 sohai

Jgn esok2 salahkan pihak sekolah x benarkan dorg g sekolah.. yg mana minority tu duk je umh diam2
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ata replied at 30-8-2021 10:20 AM
Dah mcm dkt US, semak je dkt hospital lepas kena covid. Patut biar je diaorg ni xleh masuk hospita ...

Belum kena mmg cakap besar mengalahkan scientist.
Dah tercunggap tak boleh nafas, baru ada akal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kikiharris replied at 30-8-2021 05:56 PM
Dia dah kata keluarga dia amalkan makanan sunnah , homeopati semua..
Oklah tu, apa2 jadi katil hos ...

Alamak seyes ke si elly amalkan makanan sunnah.  Kenapa makin kepam rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
annadonna replied at 30-8-2021 05:44 PM
Jadi buat apa nak lapor polis? Kena ugut ke?

Ada yang saya pernah baca (bukan kes ni), dia buat laporan polis supaya nanti laporan tu boleh digunakan untuk membuat tuntutan jika dia dipaksa untuk vaksin dan ada mudarat pada badan dia. Lebih kurang macam tu lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 2.936831 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list