CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 905|Reply: 0

Juruterbang Menganggur Jadi Operator Mesin Tuai

[Copy link]
Post time 30-8-2021 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Juruterbang penerbangan antarabangsa Australia yang menganggur sepanjang pandemik Covid-19 dilatih untuk menguruskan mesin penuaian gandum bagi membantu golongan petani yang kekurangan tenaga kerja.


Lapor ABC News, petani gandum di Australia Barat menuai kira-kira 14.5 juta tan gandum pada musim ini.


Namun, mereka berdepan kesukaran untuk mengeluarkan hasil tuaian kerana kekurangan tenaga kerja selepas pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.








Pelatih pertanian, Ley Webster berkata, Australia Barat berdepan kekurangan kira-kira 1,000 operator mesin penuai.


“Sehubungan itu, kami membuat keputusan untuk melatih juruterbang yang tidak dapat melakukan penerbangan antarabangsa untuk menjadi operator mesin tuai.


“Setakat ini, sudah sembilan juruterbang mengikuti kursus latihann itu dan kami berharap lebih ramai yang akan menyertai program ini,” katanya.


Jelas Webster, mengemudi kapal terbang mungkin ‘lebih mudah’ daripada menguruskan mesin tuai.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063815 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list