CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 825|Reply: 0

[Kedah] Penjawat awam terima tawaran rasuah perlu lapor SPRM

[Copy link]
Post time 29-8-2021 08:05 PM | Show all posts |Read mode
Penjawat awam terima tawaran rasuah perlu lapor SPRM
NURUL HIDAYAH HAMID | | 29 Ogos 2021



Shaharom Nizam (dua dari kanan) bergambar bersama Mohd Asri Redha (dua dari kiri) selepas hebahan pencegahan rasuah SPRM Kedah sempena Hari Kemerdekaan ke-64 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Anak Bukit pada Ahad.


ALOR SETAR - Penjawat awam perlu melaporkan kes rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mereka ditawarkan ataupun dijanjikan rasuah dalam usaha memerangi salah laku tersebut.


Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, tindakan melaporkan tawaran rasuah berkenaan amat penting dalam usaha memutuskan rantaian pemberi rasuah.


"Apabila salah satu rantaian itu terputus antara pemberi dan penerima maka kes rasuah tidak akan berlaku.


"Kita minta laporkan sekiranya ada sahaja yang cuba menawarkan sesuatu kepada penjawat awam," katanya kepada Sinar Harian selepas hebahan mengenai pencegahan rasuah SPRM Kedah sempena Hari Kemerdekaan ke-64 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Anak Bukit di sini pada Ahad.


Turut hadir, Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Mohd Asri Redha Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Kedah, Ting Ing Ping.


Mengulas lanjut, beliau berkata, adakalanya ada orang awam yang membuat tawaran kepada penjawat awam dan mereka perlu melaporkan perbuatan itu kepada SPRM.


Dalam perkembangan sama, Shaharom berkata, pihaknya turut mengalakkan orang awam untuk bersama-sama menyalurkan sebarang informasi berkaitan rasuah kepada SPRM.


Sebelum itu, beliau mengedarkan lebih kurang 200 beg mengandungi air, pelitup muka dan risalah kepada barisan hadapan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Alor Setar Selatan, SJR Alor Setar Utara dan PPV Anak Bukit.


Risalah turut diberikan kepada penerima vaksin di PPV Anak Bukit.


Katanya, pihaknya mengedarkan risalah berkenaan sebagai menghargai petugas barisan hadapan, selain menyuntik kesedaran kepada mereka untuk melaporkan rasuah dan sebarang salah laku.


"Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ini, kira berharap memberi kesedaran bahawa merdeka juga bermakna bebaskan diri daripada belenggu rasuah," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ah-perlu-lapor-SPRM
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.237721 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list