CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 680|Reply: 0

[Kedah] Surau Al-Ansar lancar kempen bantu tabung darah

[Copy link]
Post time 29-8-2021 07:48 PM | Show all posts |Read mode
Surau Al-Ansar lancar kempen bantu tabung darah
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 29 Ogos 2021



SUNGAI PETANI - Kekurangan bekalan darah yang kritikal kemungkinan menjadi kekangan dalam usaha menyelamatkan nyawa lebih ramai pesakit Covid-19.


Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Ansar Darulaman Perdana, Muhammad Shazwan Mohd Zafarula Khan berkata, laporan media sebelum ini menyatakan bahawa bekalan darah di Kedah kritikal akibat kekurangan penderma berikutan wabak Covid-19.


Menurutnya, atas faktor tersebut, satu kempen derma darah akan diadakan di Surau Al-Ansar, Darulaman Perdana, Sungai Petani bermula jam 8.30 pagi hingga 1 petang mengambil peluang cuti Hari Kemerdekaan negara.


"Kami merayu orang ramai untuk turut serta dalam kempen menderma darah yang dianjurkan pada 31 Ogos nanti.


"Kita mensasarkan lebih ramai orang akan datang membantu agar lebih banyak bekalan diperolehi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.


Beliau mengharapkan kempen dengan kerjasama Surau Al-Ansar, Persatuan Penduduk Darulaman Perdana dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) itu mampu mencapai objektif dan mendapat sokongan penduduk setempat.


"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 013-4189758," ujarnya.


Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa bekalan darah di Kedah berada di tahap kritikal dan memerlukan lebih banyak bekalan.


Ketua Perkhidmatan Transfusi Negeri Kedah, Dr Siti Nadiah Abdul Kadir dilaporkan berkata, perkara tersebut disebabkan kurangnya penderma yang tampil untuk menderma darah di lokasi pendermaan akibat peningkatan kes pandemik Covid-19.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -bantu-tabung-darah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.058638 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list