CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1114|Reply: 1

[Perlis] Belia terjejas akibat pandemik Covid-19 disaran ceburi sukarelawan

[Copy link]
Post time 28-8-2021 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Belia terjejas akibat pandemik Covid-19 disaran ceburi sukarelawan [size=0.8][size=0.9]Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


Azman dan Wasitah beramah mesra dengan petugas sukarelawan MyVac yang bertugas mengendalikan perjalanan operasi pemberian vaksin Covid-19 kepada orang ramai di Dewan 2020, Kangar. FOTO AIZAT SHARIF





Kangar: Golongan belia di negara ini yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disaran menceburkan diri dalam bidang kesukarelawan.

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Datuk Wasitah Mohd Yusof berkata, pertubuhan sukarelawan Sokongan Vaksin Malaysia (MyVac) kendalian Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN), antara yang pertubuhan yang mampu membantu golongan itu.

"Sehingga 19 Ogos lalu, terdapat 311,241 individu yang rata-ratanya terdiri daripada golongan belia di negara ini sudah pun melakukan pendaftaran (MyVac) menerusi sistem yang disediakan menerusi media sosial JBSN.

"Daripada jumlah itu pula, seramai 8,056 sukarelawan sudah pun memulakan tugasan mereka di 409 PPV seluruh negara dan 13,376 orang lagi sedang dalam keadaan siap sedia untuk diminta bertugas di PPV yang diminta serta ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas melakukan lawatan dan tinjauan sempena Program MyVac [url=mailtoihatiku@Rakan]Dihatiku@Rakan[/url] Muda anjuran, di sini hari ini.

Ditanya mengenai kewajaran agar elaun sukarelawan MyVac perlu ditambah sama seperti sukarelawan kesihatan KKM, beliau tidak dapat memberi komen lanjut mengenai perkara itu.

"Namun, kita melihat pertambahan (elaun diterima sukarelawan KKM) itu juga memberi faedah kepada sukarelawan khidmat sokongan seperti sukarelawan MyVac ini yang sebelum ini menerima elaun ditetapkan RM50 sahaja dan ia bermanfaat untuk mereka.

"Oleh hal demikian, kami juga sudah memberi kelulusan untuk memberi mereka (sukarelawan) elaun sebanyak RM100, bukan dalam konteks pertambahan elaun tetapi tempoh pekerjaan," katanya.





Disiarkan pada: Ogos 28, 2021 @ 5:22pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2021 10:22 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.051383 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list