CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1061|Reply: 0

[Borneo] COVID-19: Salah Maklumat, YouTube Padam Sejuta Video

[Copy link]
Post time 28-8-2021 04:10 AM | Show all posts |Read mode
Lebih sejuta video yang mengandungi 'maklumat salah yang merbahaya tentang COVID-19' telah dipadamkan daripada YouTube sejak pandemik virus Corona bermula, kata Ketua Pegawai Produk syarikat itu, Neal Mohan.

Kenyataan daripada Neal, itu disiarkan tatkala syarikat media sosial dikritik oleh barisan pemimpin politik kerana dikatakan gagal untuk membendung penularan maklumat salah tentang virus tersebut.

Menurut Neal, pemadaman video-video itu adalah berdasarkan “nasihat daripada pakar-pakar daripada organisasi kesihatan” termasuk Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Bagaimanapun, beliau menambah dalam sesetengah kes, sukar untuk YouTube mengenalpasti kesalahan maklumat disebabkan penemuan baru tentang virus COVID-19.

“Sejak Februari 2020, kami telah memadamkan lebih daripada sejuta video yang berkaitan dengan maklumat salah tentang virus Corona seperti ubat penawar virus tersebut.

“Tatkala dunia dibelenggu pandemik global ini, kami memohon agar semua orang perlu lebih peka dan melengkapi diri mereka dengan maklumat yang tepat bagi menjaga keselamatan keluarga mereka.

“Pemadaman video secara segera akan sentiasa menjadi fokus kami tetapi kami sedar bahawa pendekatan itu tidak mencukupi,” kata Neal.

Tambahnya lagi, apa yang penting untuk YouTube buat masa ini adalah dengan menambah kandungan video-video yang baik sambil mengurangkan video-video yang tidak bagus.

“Kami akan memastikan apabila pengguna mencari berita atau maklumat, mereka akan diberi hasil carian yang berkualiti berbanding sensasi,” tegas Neal. – AFP, 27 Ogos 2021.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.061382 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list