Baru memulakan episod pertama malam tadi, drama Anak Sena yang mengisahkan pengorbanan seorang pendidik di perkampungan Orang Asli nyata memberi pengajaran untuk tatapan seisi keluarga.
Namun yang mencuri perhatian, Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA turut berlakon dalam drama ini membawa watak seorang ayah iaitu sebagai Abu Seman, ayah kepada Cikgu Amir.
Penampilannya buat julung kali membawa watak seorang ayah sangat mencuit hati dan menjadi bualan ramai dengan gaya rambutnya serta dialog "laser"bersahaja".
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur malah ada yang teruja untuk menonton Diva AA dalam episod seterusnya.
Drama bersiri lapan episod terbitan Kembara Sufi hasil arahan Bahri Uma mula ditayangkan di Slot Lestari TV3 bermula 26 Ogos setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.
Antara pelakon drama tersebut adalah Ben Amir, Ruzaidi Abdul Rahman, Farah Ahmad, Shasha Abedul, Nadia Aqilah dan ramai lagi.
Selain watak seorang ayah, apa lagi watak yang korang teringin nak tengok Diva AA lakonkan? - CARI
watak bapak...tapi apak yang pondan...pondan takleh nak coverina... incess try tengok semalam masih takleh go sebab terlalu melancholy sangat.. malam ni cuba lagi sekali
Post time 27-8-2021 04:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tringat plak masa sekolah rendah dulu I penah ter’crush’ tgk dia dlm “ Perang Mertua”..skrg ni, bila ingat balik, mcm tak caya je penah crush kat dibah AA ..time dlm citer tu, heols nampak jantan..so i leh memaafkan diri sendiri la kot..