View: 1786|Reply: 3
|
Syamel Dan Ernie Zakri Janji Tak Sorok Kalau Betul Hamil
[Copy link]
|
|
Sering ditanya soalan sama berkaitan kehamilan gara-gara perubahan fizikal, penyanyi Ernie Zakri sekali lagi menafikan dirinya kini sedang berbadan dua.
Mempunyai perancangan menimang anak pertama, Ernie, 29, bagaimanapun berkata, waktu ini bukanlah masa yang sesuai memandangkan masih bersedih dengan pemergian ibu mentuanya.
Namun bergitu, isteri kepada penyanyi Syamel ini mengharapkan peminat mendoakan mereka dikurniakan rezeki cahaya mata dalam masa terdekat.
Foto: IG
"Siapa saja yang sudah berkahwin mesti mahu menimang cahaya mata dan sudah tentu itu perancangan saya dan Syamel.
"Kalau boleh lepas kahwin nak cepat-cepat dapat anak. Cuma waktu sekarang ini, tengah dalam kesedihan dan ketiadaan umi.
"Tolong doakan saya supaya cepat ada rezeki untuk ada anak bersama Syamel. Mungkin rezeki suami saya beri makan itu sebabnya (perubahan fizikal)," katanya kepada mStar.
Penyanyi lagu Ku Bersuara itu ditemui ketika sesi temu bual bersama media selepas majlis tahlil untuk arwah ibu mentuanya, Wan Faaizah Karim pada malam, Khamis.
Allahyarham meninggal dunia pada Ahad lalu selepas dua bulan dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat kekurangan oksigen.
Sementara itu, Syamel pula berkata, dia akan berkongsi berita gembira itu kepada peminat sekiranya Ernie benar-benar hamil.
"Kami tak ada masalah untuk berkongsi berita gembira. Kalau ada nanti kami sendiri yang akan beritahu kepada semua orang.
"Kami tidak akan merahsiakan, bila ada (hamil) masa yang sesuai, saya dan Ernie akan beritahu supaya semua orang boleh doa yang baik-baik," ujarnya.
Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi mmg ketara bener ghopa nya skrg
Dia bukan gemuk tau, lepas kawin ni, dia jadi sembab bloated gitu. Puffed. |
|
|
|
|
|
|
|
pipinya naik gebu, sampai nampak semakin kecik comel mulut ya, badan ya maintain je kecik |
|
|
|
|
|
|
|
lohhh bila belek balik muka cam member iol sheol ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|