CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1184|Reply: 0

[Perlis] Seruandi, Aziz dipilih Senator wakili Perlis

[Copy link]
Post time 26-8-2021 11:01 PM | Show all posts |Read mode
Seruandi, Aziz dipilih Senator wakili Perlis[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - Ogos 26, 2021 @ 8:25pmhnews@bh.coBm.my



Seruandi (kiri) dan Aziz (kanan) dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Perlis selepas diumumkan oleh Speaker DUN Perlis, Datuk Hamdan Bahari semasa Sidang DUN ke-14 di Kompleks DUN, Kangar. - Foto AIZAT SHARIF





KANGAR: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini bersetuju memilih aktivis politik, Seruandi Saad, 54 dan Aziz Ariffin, 68 sebagai Ahli Dewan Negara.

Pemilihan kedua-dua calon yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Arau dan Padang Besar itu dibuat bagi menggantikan dua wakilnya sebelum ini iaitu, Senator Kamaruddin Abdun dan Senator Sabani Mat yang tamat tempoh perkhidmatan.

Pencalonan kedua-dua calon itu dikemukakan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Rozieana Ahmad dan ADUN Beseri, Ruzaini Rais selepas Speaker DUN Perlis, Datuk Hamdan Bahari mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara.

Sidang DUN Perlis kemudian sebulat suara bersetuju memilih kedua-dua tokoh politik tempatan ini sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri berkenaan.

Seruandi yang juga Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan menerusi jawatan Yang DiPertua Persatuan Pengguna Negeri Perlis yang disandang dari 2006 hingga 2016 serta Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perlis yang dipegang sejak tahun lalu.

Aziz pula pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Perlis Berhad bermula 1982 hingga 2010 lalu selain menjadi Ahli Jawatankuasa Perhubungan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Perlis sejak 2014 lalu.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.192019 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list