|
|
Tular di media sosial seorang pengguna Twitter berkongsi keterujaanya kerana ikan laga yang dijual berada di dalam pejabat mantan Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 Kredit foto: Twitter
Dipetik dari pengguna Cheng @cheng_jiayung, penjual ikan laga ini seolah-olah tidak percaya, namun terharu apabila ikan yang dijual berada dalam pejabat mantan Perdana Menteri itu.
Selain itu, pengguna Twitter ini juga berkongsi perbualan di WhatsApp bersama pelanggan yang membeli ikan laganya sebagai bukti.
 Kredit foto: Twitter
Berdasarkan perbualan tersebut, Cheng pada awalnya tidak percaya bahawa Tun Mahathir ingin membeli ikan laganya, tetapi setelah melihat alamat yang diberikan membuatkan Cheng sendiri terdiam.
Penjual ikan laga ini meluahkan rasa terharu kerana mantan Perdana Menteri ini sudi menyokong dan membantu perniagaan kecil sepertinya.
Berikutan itu, ramai pengguna di laman Twitter terutamanya yang berniaga kecil-kecilan secara dalam talian juga meluahkan mahu mantan Perdana Menteri itu juga menyokong produk mereka juga.
Bertuah betul peniaga ikan laga ini dapat sokongan dari Tun Mahathir.
Sumber: Murai |
|