View: 8609|Reply: 81
|
Doktor Tak Tahan Dengan Gelagat, Permintaan Bukan-bukan Penerima Vaksin Di PPV
[Copy link]
|
|
Seorang doktor pergigian yang bertugas di pusat pemberian vaksin (PPV) meluahkan rasa tidak berdaya terhadap gelagat orang ramai termasuk permintaan mereka yang keterlaluan ketika menerima suntikan.
Dr Low Ting Ting, 27, dari Jitra, Kedah berkata, pelbagai permintaan yang bukan-bukan hanya menyusahkan petugas, malahan memperlahankan proses pemberian vaksin.
Beliau yang sedang bertugas di Ipoh, Perak berkata, semasa memberi vaksin secara pandu lalu, ada orang yang terlalu asyik membuat rakaman dan melepaskan brek sedangkan kepala doktor masih ada di dalam kereta.
Kredit foto:
“Ada yang membuka kamera walaupun kereta tidak berhenti sepenuhnya dan ada yang melepaskan brek untuk beredar tanpa menyedari kepala saya masih ada dalam kereta.
“Kejadian seperti ini berlaku sekurang-kurangnya 10 kali. Saya datang untuk memberi suntikan bukan untuk dipancung kepala,” katanya dalam satu perkongsian mengenai pengalamannya selama 15 hari di PPV yang dipetik oleh Sinchew Daily.
Menurut Ting Ting, beliau sedar punca kenapa ramai petugas barisan hadapan berasa berputus asa, kerana mereka berdepan orang ramai yang pentingkan diri sendiri.
Katanya, disebabkan kejadian vaksinasi palsu sebelum ini, maka terdapat golongan yang banyak bersoal termasuk mempertikaikan keaslian vaksin yang diterima.
“Petugas telah diminta menunjukkan jarum suntikan dan menjelaskan dos yang diberi, tetapi saya tidak akan menunjukkan proses pengambilan vaksin kerana ia akan menjejaskan seluruh proses jika semua orang minta berbuat demikian.
“Sebagai doktor Cina yang minoriti dalam PPV, sukarelawan akan meminta bantuan saya apabila berdepan orang ramai yang berkeras mahu melihat seluruh proses. Dalam keadaan ini, saya terpaksa menghentikan segala tugas untuk memberi penjelasan kepada mereka.
“Sini bukan restoran dimsum, takkan saya mahu melakukan demo seperti di restoran yang menyediakan demo cara membuat xiaolongbao.
“Kalau kamu takut terkena suntikan palsu, sila pergi ke klinik swasta dan membeli vaksin atau pun daftar jadi sukarelawan untuk mengetahui segala proses,” katanya.
Beliau berkata, orang yang mahu merakam sepatutnya meminta izin petugas terlebih dahulu selain memastikan hanya merakam tangan sendiri, bukannya merakam gambar petugas.
Katanya, mereka juga perlu bersedia dengan alat rakaman kerana berlaku banyak keadaan petugas perlu menunggu orang ramai membuka kamera sehingga melewatkan proses pemberian suntikan.
Ting Ting berkata, selain segolongan orang yang terlalu banyak bersoal dan mempertikai, terdapat pula kumpulan lain yang tidak tahu apa-apa.
“Selain warga emas, ada juga orang tertentu yang mahu ambil dos kedua, tetapi tidak tahu vaksin apa yang diterima mereka semasa dos pertama.
“Ada juga yang terlupa atau tersilap. Keadaan seperti ini juga mengelirukan kami,” katanya.
Menurutnya, sesetengah orang pula meminta diberi vaksin jenama tertentu dan ramai orang yang memakai pelitup muka secara tidak betul.
SUmber: MalaysiaGazette |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kerja biarlah ikhlas. Phuihh |
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar lah ayat dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian seperti ini berlaku sekurang-kurangnya 10 kali. Saya datang untuk memberi suntikan bukan untuk dipancung kepala,” katanya dalam satu perkongsian mengenai pengalamannya selama 15 hari di PPV yang dipetik oleh Sinchew Daily.
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 26-8-2021 01:37 PM
Kelakar lah ayat dia....
Yang ni pun klakar.
“Sini bukan restoran dimsum, takkan saya mahu melakukan demo seperti di restoran yang menyediakan demo cara membuat xiaolongbao.
Memang di resto dimsum, boleh tengok live buat dimsum. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai: Kejadian seperti ini berlaku sekurang-kurangnya 10 kali. Saya datang untuk memberi suntikan bukan untuk dipancung kepala,” katanya dalam satu perkong ...
iols tergelak part ni tp mmg kesian la
kalaupun xsengaja tp kalau kena 10 kali mmg sakit hati laaa. bahaya kot.. jgn kaki kena gilis plk dah..
|
|
|
|
|
|
|
|
....kesian doktor |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kat doktor.. yg pi cucuk tu berpada-padalah yer! jangan sampai menyusahkan org |
|
|
|
|
|
|
|
tapi yg kepala dia dlm kete, smpai tekan minyak tu dh dikire bahaya sgt
patut ada JPJ skali dpn tu, saman ondaspot psl mandu cara bahaya
dapatlah free tiket , leh tayang kt socmed nnti |
|
|
|
|
|
|
|
jgn doktor tercucuk tempat lain dah
ayat dia xbe blah
|
|
|
|
|
|
|
|
vaksin bertukar jadi dimsum..kelakarlah doktor ni..ahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
yg nak merakam segala tu dah kenapa?
boleh merakam, tapi jangan sampai menyusahkan penyuntik vaksin
betul lahapa yg doktor ni kata
ikut kan sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulannya dia ni nak bgtau umah cina la yg byk songeh tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai doktor Cina yang minoriti dalam PPV, sukarelawan akan meminta bantuan saya apabila berdepan orang ramai yang berkeras mahu melihat seluruh proses.
'orang ramai' tu cina lah kan? based on ayat dia. dan dia pun mcm meroyan dalam bahasa cina ja
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha adui kelakar tp lucu
tak sedar pulak akan isu ni kan bila dh drive thru
petugas je yg lalui nya
yg netizen pon agak2 la nk rekod ke apa
berpada pada dah la
pastu kang kena sound p viral kt tiktok
dah nk record mcm kan nk buat video mmg la kena sound masing2 nk fyp kt tiktok |
|
|
|
|
|
|
| |
|