View: 2218|Reply: 12
|
Terlajak Komen, Wanns Ahmad Digelar Anti Vaksin
[Copy link]
|
|
Bermula dengan hanya meminta netizen henti berbalah mengenai isu vaksin Covid-19, tidak semena-mena pelakon Wanns Ahmad digelar golongan anti vaksin.
Menurut Wanns atau nama sebenar Wan Nursalam Wan Ahmad, 30, tujuannya menyentuh mengenai isu berkenaan kerana enggan netizen terus berbalah sehingga mewujudkan diskriminasi terhadap individu yang belum menerima pelali tersebut.
Foto: IG
"Saya ada meninggalkan komen di Instagram mStar mengenai vaksin... saya tulis kemungkinan besar orang yang dah vaksin pun boleh kena Covid-19, tak fasal-fasal netizen serang saya kata saya golongan anti vaksin.
"Saya nak beritahu... saya bukan anti vaksin! Komen yang saya tulis itu secara umum minta netizen henti berbalah sesama sendiri. Ini kerana tindakan saling menghentam individu yang berbeza pendapat hanya akan merumitkan lagi keadaan.
"Kita kena hormat orang yang berbeza pandangan, saling terbuka dan terima pendapat masing-masing. Tak perlulah sampai wujud diskriminasi terhadap mereka, bantu mereka supaya lebih faham mengenai vaksin," katanya kepada mStar.
Sementara itu, penyanyi lagu Terus Mencintaimu ini berkata komen yang ditinggalkan di akaun Instagram @mstaronlineofficial itu bukanlah bermaksud dia menolak untuk mengambil pelali berkenaan.
Bagaimanapun, komen yang ditulis itu disalah anggap oleh netizen yang kurang memahami maksud yang cuba disampaikan.
"Saya hanya tulis fakta yang dinyatakan pakar... mungkin sebab saya minta mereka berhenti berbalah, mereka ingat saya anti vaksin sedangkan saya pun akan ambil vaksin tidak lama lagi.
"Mereka salah faham komen saya. Isi utamanya saya nak kata tak perlulah sampai nak bergaduh. Kenapa nak kena berperang di media sosial sampai macam itu.
"Semestinya kita semua mahu yang terbaik untuk negara ini... InsyaAllah saya pun akan dapatkan vaksin tak lama lagi. Nanti nak sambung penggambaran pun memerlukan pelakon ambil vaksin!" ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
whoisssyuhhhh??
takkkk
ko boleh jee hide comment kat ig tu
buat je cam izara tu
so tak perlu laa netijen dok bertumbuk virtual jari selaju usain bolt menaip |
|
|
|
|
|
|
|
Wah. Berjaya juga masuk porem cari. Dari iols xpernah tahu dia wujud, kini tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Who r yussss? Tibaiunta kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 25-8-2021 02:18 PM
Wah. Berjaya juga masuk porem cari. Dari iols xpernah tahu dia wujud, kini tau.
Satu pencapaian kan.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni yg perasan klon zizan tu kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols kenal 1 lagu dia tu.. fav jugak la lagu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa ni? Muka macam busuk je |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu time nak masuk keje, suka gila layan lagu dia kt sportify.. Ingatkan smart lah orangnya.. Baru tahun Lepas baru kenal orgnya kt social media.. |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 25-8-2021 02:51 PM
Dia ni yg perasan klon zizan tu kan..
Zizan + shukri yahya
Maka terhasil lah wanns ahmad |
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar replied at 26-8-2021 10:10 AM
Zizan + shukri yahya
Maka terhasil lah wanns ahmad
Dia berlakon cite apa tah aritu, nmpk mcm tiru cara lakonan zizan je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|