CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1010|Reply: 0

[Perlis] COVID-19: Pelan Strategik Perlis Selamat bantu kawal jangkitan

[Copy link]
Post time 25-8-2021 01:49 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Pelan Strategik Perlis Selamat bantu kawal jangkitan[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - Ogos 25, 2021 @ 1:25pmbhnews@bh.com.my


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis membahaskan usul menjunjung kasih titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada sidang DUN di Kangar. - Foto AIZAT SHARIF




KANGAR: Pelan Strategik Ke Arah Perlis Selamat Menjelang Disember 2021 berjaya membantu negeri ini dalam krisis COVID-19 yang terbukti dengan kadar kes jangkitan yang rendah dan terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Kesihatan Perlis, Teh Chai Aan, berkata negeri ini berada pada tahap kesiapsiagaan yang baik seperti disyorkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO).

"Ini terbukti dengan kadar insiden kes yang rendah dan terkawal. Kerajaan negeri merangka Pelan Strategik Ke Arah Perlis Selamat Menjelang Disember 2021 dan antara strategi adalah seperti mensasarkan 200,000 keseluruhan rakyat Perlis mendaftar MySejahtera.

"Kita turut mempelbagaikan platform pusat vaksinasi di Perlis dengan sasaran 3,000 penduduk negeri ini mendapat suntikan vaksin sehari," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Ismail Kassim (BN-Tambun Tulang) berhubung tahap kesiapsiagaan kerajaan negeri dalam menangani penularan COVID-19 yang semakin meningkat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri turut menjadikan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Perlis sebagai platform peneraju pelaksana Pelan Strategik Perlis Selamat.

"Program jangkauan vaksinasi bergerak juga dilaksanakan dengan sasaran 90 peratus dalam kalangan rakyat memahami kepentingan vaksinasi dan imuniti berkelompok.

"Selain itu, 5,000 warga pentadbiran kerajaan negeri diaturgerak untuk membantu pusat vaksinasi dan program jangkauan," katanya.

Sehingga semalam, Perlis mencatatkan kes penularan jangkitan COVID-19 sebanyak 1,478 kes.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.052289 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list