CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1373|Reply: 0

Maybank tamatkan khidmat penarafan Fitch Ratings

[Copy link]
Post time 23-8-2021 07:08 PM | Show all posts |Read mode
Maybank tamatkan khidmat penarafan Fitch Ratings



Malayan Banking Bhd (Maybank)

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) menamatkan perkhidmatan penarafan bank oleh Fitch Ratings sebagai antara usaha menyeluruhnya untuk memperkemas penilaian oleh agensi-agensi penarafan.

"Bank ini akan terus diberi penarafan oleh agensi penarafan antarabangsa dan domestik iaitu Moody's Investor Services, Standard & Poor's (S&P) serta RAM Rating Services Bhd," menurut jurucakap Maybank kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas mengenai cadangan Fitch Ratings untuk menarik balik penarafannya terhadap Maybank dan penarafan antarabangsa ke atas PT Bank Maybank Indonesia Tbk (Maybank Indonesia).

Agensi penarafan kredit itu menerusi kenyataan semalam berkata, ia bercadang menarik balik penarafannya terhadap Maybank dan penarafan antarabangsa ke atas Maybank Indonesia 'pada atau sekitar' 23 September 2021 dengan alasan komersial, sambil menyatakan ia mempunyai budi bicara untuk menarik balik atau mengekalkan sebarang penarafan pada bila-bila masa untuk sebarang alasan yang dianggap memuaskan.

"Fitch yakin bahawa pelabur meraih manfaat daripada peningkatan liputan penafaran oleh Fitch dan memberi notis kira-kira 30 hari kepada pasaran mengenai penarikan penarafan kepada Maybank dan Maybank Indonesia.

"Penarafan ini tertakluk kepada semakan semula analitis dan mungkin berubah sehingga Fitch menarik balik penarafannya," katanya.

Fitch berkata, kali terakhir ia membuat penarafan kepada Maybank dan Maybank Indonesia, masing-masing pada 15 Disember 2020 dan 10 Februari 2021.

Ketika ini, Fitch mengekalkan penarafan antarabangsa kepada Maybank dan Maybank Indonesia seperti berikut:

Maybank:

- Penarafan Mungkir Penerbit Mata Wang Asing Jangka Panjang 'BBB+'; Prospek Stabil

- Penarafan Mungkir Penerbit Jangka Pendek 'F2'

- Penarafan Mungkir Penerbit Mata Wang Tempatan Jangka Panjang 'BBB+'; Prospek Stabil

- Penarafan Daya Maju 'bbb+'

- Penarafan Sokongan '2'

- Penarafan Lantai Sokongan 'BBB'

Penarafan Terbitan:

- Program Nota Jangka Sederhana pelbagai mata wang US$15 bilion: 'BBB+'

- Nota tidak bercagar senior 701 dolar Hong Kong bertempoh hingga 18 Jan 2023: 'BBB+'

- Nota tidak bercagar senior US$100 juta bertempoh sehingga 19 Mac 2023: 'BBB+'

- Nota tidak bercagar senior 10 bilion yen Jepun bertempoh sehingga 22 Dis 2026: 'BBB+'

- Nota tidak bercagar senior US$45 juta bertempoh sehingga 18 Jun 2029: 'BBB+'

Maybank Indonesia:

- Penarafan Mungkir Penerbit Mata Wang Asing Jangka Panjang 'BBB+'; Prospek Stabil

- Penarafan Mungkir Penerbit Jangka Pendek 'F2'

- Penarafan Daya Maju 'bb'

- Penarafan Sokongan '2'

-BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055385 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list