View: 1628|Reply: 4
|
Ika Nabella Bengang Kedai Mamak Tak Semak Sijil Vaksin
[Copy link]
|
|
Sejak kerajaan mula memberi beberapa kelonggaran kepada individu yang lengkap dua dos vaksin, media sosial mula dipenuhi dengan pelbagai perkongsian aktiviti beli-belah dan makan di kedai.
Tapi nampaknya ada juga peniaga mahu pun pelanggan tidak jujur dalam arahan pematuhan produser standard operasi (SOP) yang ditetapkan.
Kredit foto: IG Ika
Kesal dengan sikap acuh tidak acuh itu, pelakon Ika Nabella Abdul Rahim berkongsi pengalamannya memasuki sebuah kedai tanpa diperiksa sijil vaksinasi lengkap.
Tegas pelakon berusia 32 tahun ini, pemilik premis sepatutnya menjaga amanah dan menjalankan tanggungjawab supaya tidak membahayakan orang lain.
Terdahulu, Ika berkongsi paparan skrin status seorang individu yang berbangga dia tidak divaksin namun masih boleh menikmati kelebihan seperti orang yang menerima vaksinasi lengkap.
Menerusi perkongsian tersebut, individu itu berkata dia juga boleh memasuki kedai dan makan di restoran tanpa diperiksa sijil penerimaan vaksin penuh.
Dalam pada itu, pelakon drama Kanvas ini memberitahu perniagaan boleh beroperasi seperti sediakala sekiranya semua individu menerima suntikan vaksin.
Walaupun menyedari suntikan vaksin adalah hak individu, Ika memohon agar semua pihak sentiasa memikirkan keadaan orang lain.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga tak bertanggungjawab |
|
|
|
|
|
|
|
pekerja kdai mamak...ko nk citer...apa2 ko ckp dgn dia..dia sengih jer muka kat ko. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm mamak memang idok lerr
kang orang maki deme balik |
|
|
|
|
|
|
|
Td lunch kt kedai mamak..siap panggil bos die soh checkkan mysejahtera ai sblom bg duduk..tgk kedai jugak la..tp sndri la taggngjawab..kalo blom bleh dine in..ikot aje laaa..aihh |
|
|
|
|
|
|
| |
|