CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1470|Reply: 8

Penyamun larikan empat dulang barang kemas

[Copy link]
Post time 23-8-2021 06:56 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Dalam masa seminit sahaja, empat lelaki bersenjatakan kapak dan tukul melarikan empat dulang barang kemas di sebuah kedai emas di Taman Usahawan, Kepong, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian 5.30 petang itu, seorang daripada suspek berlagak seperti pelanggan dan berpura-pura mahu mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki premis.

Katanya, pekerja wanita kedai itu kemudian menghampirinya untuk memeriksa namun, tiba-tiba tiga lagi lelaki datang dan menolak mangsa sehingga terjatuh serta pengsan.

"Mereka memakai topi keledar dan pelitup muka bertindak agresif dengan cuba memecahkan cermin di kaunter tetapi gagal.

"Suspek kemudian beralih ke bahagian almari yang mengandungi rantai leher dan memecahkan cermin almari itu. Mereka berjaya masuk ke bahagian kaunter selepas almari itu dipecahkan," katanya yang ditemui.

Beh berkata, suspek kemudian mengambil tiga dulang di bahagian kaunter berisi rantai tangan emas dan satu dulang rantai leher di dalam almari.

"Kejadian itu berlaku dalam seminit dan mereka melarikan diri dengan menunggang dua motosikal yang diletakkan di hadapan kedai.

"Dalam kejadian itu tiada mangsa yang mengalami kecederaan, sebaliknya seorang pekerja pengsan selepas ditolak suspek," katanya.

Menurutnya, pihaknya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis bagi mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil membantu siasatan.

"Nilai kerugian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan sebuah kedai emas di Taman Usahawan, Kepong di sini, disamun empat lelaki bersenjatakan kapak dan tukul.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2021 06:57 AM | Show all posts

DUA daripada empat suspek cuba memecahkan almari berisi rantai leher. FOTO Ihsan PDRM.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
aduhaii.. kedai emas baru je boleh ber operasi kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
laaa...
memang takde keselamatan apa kedai nya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa kedai emas ada alarm yang linked ke balai polis berdekatan kan? Yang jenis boleh tekan button bawah cabinet tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 02:43 PM | Show all posts

Pura-Pura Imbas MySejahtera, Rupa-Rupanya Rompak Kedai Emas

Polis sedang memburu empat lelaki dipercayai warga tempatan terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong, dekat sini semalam.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, suspek yang memakai topeng muka dan bertopi keledar melakukan samun dengan bersenjatakan sebilah tukul dan kapak.


“Barangan kemas yang dilarikan berupa rantai leher dan rantai tangan yang nilainya dipercayai mencecah ratusan ribu ringgit,” ujarnya hari ini.


Menurutnya, hasil siasatan mendapati ketika kejadian salah seorang suspek telah berpura-pura mengimbas aplikasi MySejahtera.




Foto: Kosmo




“Pada masa sama, tiga lagi individu menyerbu masuk ke dalam premis dan melarikan sejumlah rantai tangan dan leher dalam tempoh kurang seminit.


“Semasa kejadian terdapat tujuh pekerja wanita di dalam premis terbabit dan salah seorangnya pengsan akibat ditolak suspek,” ujarnya.


Dalam masa sama, jelas beliau, pihak polis telah mengenal pasti dua motosikal yang digunakan dalam kejadian itu dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil di mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2021 03:55 PM | Show all posts
Allah.. mudahnyaa merompak
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 04:28 PM | Show all posts
Bila dah makin terdesak mulalah kejadian jenayah rancak semula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2021 10:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.106008 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list