CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1963|Reply: 0

5 Persediaan Sebelum Mulakan Pelaburan

  [Copy link]
Post time 23-8-2021 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by easicircle at 23-8-2021 04:59 PM

Menyimpan tanpa mengembangkan simpanan akan membawa kepada hasil yang sama. Oleh itu, untuk mencapai matlamat kewangan anda perlu bijak mempelbagaikan aktiviti pelaburan supaya simpanan anda berkembang dan mendatangkan pulangan. Namun, sebelum memulakan aktiviti pelaburan anda perlu punya pengetahuan dan membuat persediaan terlebih dahulu.

Kenal Pasti Risiko Pelaburan

Sebelum memulakan pelaburan pastikan anda mengetahui tentang risiko pelaburan. Setiap pelaburan mempunyai risiko yang berbeza secara umum dikelaskan kepada rendah, sederhana dan tinggi, Lebih tinggi risiko lagi tinggi pulangan sesuatu pelaburan begitu juga dengan kerugian. Nilai tahap risiko yang anda inginkan, jika tidak sanggup menanggung kerugian maka pilih pelaburan berisiko rendah atau sederhana.

Aliran Tunai Diparas Positif

Penting untuk mengetahui tahap kewangan individu diparas stabil atau tidak, apabila berlakunya lebihan tunai. Setelah ditolak perbelanjaan dan simpanan masih mempunyai lebihan baki bermaksud aliran tunai anda diparas positif. Jangan mengambil risiko mulakan pelaburan jika aliran tunai anda masih belum positif. Pelabur yang bijak menggunakan lebihan hasil atau menjana pendapatan tambahan bukan mengambil risiko pulangan yang tidak pasti.

Urus Kewangan Secara Konsisten

Pengurusan wang secara konsisten amat penting demi memastikan matlamat pelaburan terlaksana. Sebaik-baiknya, gunakan duit lebihan simpanan untuk melabur. Pengendalian wang yang teratur memastikan anda terus kekal konsisten dalam simpanan dan pelaburan. Jika tidak mempunyai tabungan yang cukup elak diri mulakan pelaburan.

Lengkapkan Ilmu Pelaburan

Sebelum mulakan pelaburan anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu pelaburan. Teruskan belajar dan menambah pengetahuan tentang pelaburan dengan menyertai pelbagai seminar saham percuma. Hal ini amat penting supaya anda tidak terburu-buru melabur tanpa sebarang ilmu kerana semata-mata ingin mendapatkan pulangan yang cepat. Justeru, kefahaman mengenai dunia pelaburan amat penting supaya dapat megelakkan anda daripada tertipu dan seterusnya mengalami kerugian wang.

Maksimakan Pelaburan Berisiko Rendah

Bagi mereka yang takut untuk mengambil risiko kerugian boleh mulakan dengan pelaburan berisiko rendah seperti Tabung Haji, Wang Simpanan Pekerja, deposit tetap dan Amanah Saham Bumiputera. Mempelbagaikan dana di pelaburan kurang risiko adalah salah satu cara terbaik bagi yang mempunyai kurang dana lebihan. Walaupun pulangannya rendah, namun jangka masa panjang tetap mampu dilihat hasil pelaburan yang dijana.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-11-2022 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.105340 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list