View: 702|Reply: 1
|
JDT hanya perlu menang satu aksi lagi
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk meraikan kejuaraan Liga Super kali kelapan berturut turut, susulan kemenangan 2-0 ke atas PJ City FC kelmarin.
Namun, Sri Pahang FC bakal menjadi halangan pertama yang perlu ditempuh mereka dan peluang kini terhidang memandangkan kemenangan ke atas skuad Tok Gajah itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengesahkan kejuaraan di laman sendiri, Jumaat ini.
Jurulatihnya, Jorge Alvarez mengakui memenangi gelaran sememangnya satu detik yang istimewa apatah lagi merangkul kejuaraan Liga Super di gelanggang ikonik, Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.
"Kami gembira meraih kemenangan malam ini (kelmarin). Kini kami perlu fokus untuk meraih tiga lagi mata pada aksi seterusnya tanpa memikirkan mengenai pasukan lain.
"Memenangi kejuaraan memang istimewa apatah lagi menang di laman sendiri, sudah pasti itu sungguh istimewa khususnya kepada bos (Tunku Ismail Sultan Ibrahim).
"Pemain teruja apabila memikirkan kami dapat mencapai sasaran tetapi kami tetap perlu fokus untuk aksi selepas ini," katanya.
JDT meraih kemenangan ke-15 pada musim ini apabila menumbangkan skuad The Phoenix yang diperkuat sepenuhnya anak tempatan 2-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Jaringan pada setiap babak masing masing menerusi Bergson da Silva dan Mohamadou Sumareh memastikan pasukan itu hanya selangkah untuk mengekalkan trofi Liga Super di Johor Bahru buat kali kelapan berturut-turut.
Malah, mereka juga meneruskan rekod cemerlang apabila belum lagi tewas dalam 36 perlawanan di tempat lawan. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemain JDT, Mohamadou Sumareh (dua kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasuakn pada aksi Liga Super menentang PJ City FC di MBPJ, Petaling Jaya, semalam. - Foto NSTP/Aizuddin Saad. |
|
|
|
|
|
|
| |
|