|
Kuala Lumpur: Tak sampai 24 jam selepas ditegur pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman sosial akhirnya penyerang negara, Syafiq Ahmad tampil memohon maaf.
Menurut Syafiq, dia tidak sepatutnya membuat luahan secara terbuka mengenai keinginan untuk beraksi semula selepas lebih banyak memanaskan bangku simpanan JDT sejak awal musim ini.
Katanya, dia terlalu beremosi hingga terlupa bahawa skuad Harimau Selatan adalah sebuah kelab profesional yang mengutamakan prestasi semasa sebagai 'lesen' untuk merebut tempat.
"Saya dengan rendah diri memohon maaf atas tweet yang mengikut perasaan saya semalam kepada rakan sepasukan, kelab dan terutamanya sekali Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail) yang banyak membantu saya selama ini di dalam dam di luar padang.
"Saya mengakui saya tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi dan seharusnya fikir di mana kesilapan saya selama ini," tulis Syafiq di laman Story Instagramnya.
Sebelum ini, Tunku Ismail naik berang dan menegur bekas pemain Kedah itu dengan menegaskan JDT bukanlah penjara atau pusat kebajikan, di mana pintu buat mana-mana pemain untuk keluar sentiasa terbuka.
Sebaliknya, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu menegaskan kelabnya mengamalkan polisi yang ketat dan profesional dengan hanya pemain yang berada pada tahap terbaik sahaja akan beraksi.
Malah katanya, prestasi Syafiq sudah jauh berbeza dan dia harus berkerja keras jika mahu tersenarai dalam pasukan.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
PERMOHONAN maaf di laman Story Instagramnya. FOTO Instagram |
|
|
|
|
|
|
| |
|