CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1138|Reply: 0

[Perlis] Kumpulan Wa tanam dadah dekat rumah ketua

[Copy link]
Post time 22-8-2021 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan Wa tanam dadah dekat rumah ketua[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - Ogos 22, 2021 @ 1:45pmbhnews@bh.com.my





PADANG BESAR: Polis menumpaskan kegiatan Kumpulan Wa yang aktif mengedar dadah selepas merampas syabu dan ganja bernilai RM84,191.92 yang ditanam dalam tanah dekat rumah ketua kumpulan itu, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas, berkata rampasan dibuat selepas pihaknya menahan empat suspek termasuk seorang wanita serta ketua kumpulan berkenaan warga Thailand berusia antara 21 hingga 33 tahun dalam tiga serbuan berasingan.
"Dalam serbuan pertama pada 16 Ogos jam 12.15 tengah hari, pemeriksaan terhadap seorang wanita berusia 21 tahun di hadapan sebuah kedai runcit menemui bekas plastik mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 57.72 gram (gm).

"Keesokannya jam 2.45 petang polis menahan tiga lagi suspek termasuk dua warga Thailand selepas menyerbu sebuah rumah di daerah ini," katanya dalam sidang media hari ini.
Hasil pemeriksaan menemui sejumlah dadah disyaki syabu seberat 2.149 kilogram (kg) dan ganja seberat 1.972kg yang disimpan dalam beg kain dan ditanam dalam tanah berhampiran rumah ketua kumpulan sindiket ini.

"Pada 9 malam Jumaat lalu pula, polis menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di daerah ini dan memberkas seorang lelaki warga Thailand berusia 24 tahun dipercayai terbabit dalam kegiatan kumpulan ini.
"Hasil ujian air kencing pada semua suspek, tiga daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Siasatan awal polis mendapati kumpulan berkenaan mulai aktif sejak bulan lalu dengan mendapatkan bekalan dari negara jiran menggunakan 'lorong tikus' yang banyak terdapat di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand.
"Dadah ini kemudian akan disimpan dalam beg sebelum dimasukkan ke dalam lubang tanah berhampiran kediaman ketua kumpulan. Dadah ini hanya akan dikeluarkan apabila terdapat permintaan daripada 'tokan' (pengedar) kecil-kecilan.

"Kita percaya bekalan syabu mereka dari Vietnam kerana sudah dibungkus semula menggunakan bungkusan teh herba Cina yang sering digunakan oleh sindiket dadah," katanya.
Saifudin berkata, pihaknya turut menyita sebuah kenderaan jenis Honda Civic 1.8 milik kumpulan ini dengan nilai anggaran RM40,000 dipercayai digunakan untuk pengedaran dadah sekitar daerah itu.
"Suspek direman hingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Saifudin (tengah) menunjukkan rampasan dadah ganja dan syabu oleh polis Padang Besar sambil diperhatikan Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Deputi Superitendan Som Chai Din Lian (kiri sekali), Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padang Besar, Inspektor Mohd Azmeer Jalaluddin (dua dari kanan). - Foto NSTP/ Aizat Sharif






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.053462 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list