View: 807|Reply: 1
|
Pemburuan kejuaraan Liga Super TFC berakhir
[Copy link]
|
|
KUALA NERUS – Hasrat Terengganu FC (TFC) untuk memburu trofi Liga Super berkubur selepas tumpas mengejut 1-2 kepada Kedah dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.
Kekalahan itu menyaksikan skuad Sang Penyu tidak mampu lagi mengejar juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) setelah ketinggalan 11 mata sedangkan saingan liga hanya berbaki tiga perlawanan.
Anak-anak buah Nafuzi Zain itu begitu pun pada mulanya tampil meyakinkan menerusi Makan Konate seawal minit keempat yang mencemaskan kubu pelawat.
Peluang terbaik TFC menjelma menerusi perancang, Mohd. Faiz Nasir namun peluang di depan pintu gol tersebut melambung tinggi pada minit ke-25 sebelum tolakannya seminit kemudian pula mudah ke dibaca penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Che Kassim.
Pintu gol TFC sebaliknya bocor ketika babak pertama memasuki masa tambahan apabila gerakan Syazwan Zainon dan Kpah Sherman di sebelah kiri disudahkan Rabih Ataya untuk menjadikan kedudukan 1-0.
Hanya lima minit bersambung babak kedua, Syazwan yang tidak dikawal dalam kotak penalti mudah menolak hantaran Kipre Tchetche sekaligus menggandakan kelebihan buat Kedah.
TFC yang tersentak dengan dua jaringan itu mula mengatur gerak namun tandukan David Da Silva yang menerima umpanan Faisal Abdul Halim gagal menepati sasaran pada minit ke-61.
Tuan rumah hanya mampu merapatkan jurang 1-2 pada minit ke-70 melalui sepakan percuma Da Silva untuk kembali menghidupkan perjuangan TFC.
Pertahanan import, Renan Alves menafikan kebangkitan TFC apabila menghalang rembatan Da Silva dari jarak dekat pada minit ke-87 untuk memastikan tiga mata mutlak menjadi milik Kedah. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemain sayap Kedah, Rabih Ataya (tiga dari kanan) meraikan gol pembukaan pasukannya ketika bertemu TFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|