View: 756|Reply: 1
|
'Nilai saya tiga tahun lagi' - Arteta
[Copy link]
|
|
London: Mikel Arteta sedar Arsenal kini menerima kecaman hebat namun beliau enggan dinilai hanya selepas satu perlawanan sahaja pada musim baru.
Pengurus Arsenal itu dan barisan pemainnya dikecam selepas tewas 0-2 kepada Brentford minggu lalu.
Dengan Chelsea dan Manchester City akan menjadi lawan seterusnya pada saingan Liga Perdana, segala-galanya tampak tidak mudah untuk Gunners.
Arteta enggan ambil pusing dengan tomahan negatif dan menegaskan tugasnya sepatutnya dinilai dua atau tiga tahun lagi.
"Saya hanya mahu orang yang positif di sekeliling saya tetapi jika anda tidak berasa tekanan dalam bola sepak, saya rasa anda memilih profesion yang salah.
"Anda tahu bahawa anda akan dinilai berdasarkan keputusan, tetapi ia tidak bermakna anda melakukan tugasan yang betul atau salah.
"Saya mempunyai cabaran besar sepanjang 18 bulan di sini dan banyak perkara yang sudah berlaku sepanjang tempoh itu.
"Mungkin sekarang bukan masa yang tepat untuk melihat segala-galanya kerana ramai yang tidak berminat menganalisa apa yang berlaku.
"Mungkin dua atau tiga tahun lagi, apabila anda melihat semula ke belakang, anda akan mengatakan bahawa apa yang berlaku sebelum ini adalah masuk akal," kata Arteta.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
MIKEL Arteta. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|