CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 770|Reply: 6

Dapat Bekalan Daging Sepanjang Tahun Kalau Dapatkan Vaksin

[Copy link]
Post time 19-8-2021 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah syarikat pembekal makanan di negeri Utah, JBS Foods menawarkan 2.2 kilogram daging lembu percuma bersama peluang memenangi bekalan daging sepanjang tahun kepada orang ramai yang hadir untuk divaksin di salah satu daripada dua pusat vaksinasi Covid-19 di bandar Hyrum, demikian menurut saluran berita  KUTV kelmarin.


Kerajaan negeri Utah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Sungai Bear dan kilang memproses daging lembu di Hyrum untuk melancarkan kempen tersebut yang bermaksud ‘Peluang Mendapatkan Bekalan Daging Percuma Selama Setahun.’




JBS Foods menawarkan 2.2 kilogram daging lembu percuma bersama peluang memenangi bekalan daging sepanjang tahun buat mereka yang hadir untuk divaksin. - Getty Images





Selain inisiatif daging lembu percuma, seorang pemenang daripada setiap pusat vaksinasi tersebut akan menerima daging lembu, daging babi dan unggas percuma selama setahun untuk kapasiti empat sekeluarga.


“Setiap vaksin Covid-19 yang diterima akan membantu menjaga keselamatan anggota pasukan dan komuniti kita.


“Cabutan bertuah ini adalah insentif besar untuk mendorong semua orang untuk keluar dan melakukan tanggungjawab mereka untuk membantu menghentikan wabak Covid-19,” kata pengurus kilang JBS Hyrum, Darren Olsen dalam satu kenyataan.


Inisiatif tersebut susulan idea dan usaha JBS untuk melihat 70 peratus kakitangannya di  Utah mendapat pelalian Covid-19 iaitu setara dengan tenaga kerja JBS Hyrum di 83 kilang lain miliknya di Amerika Syarikat. Syarikat itu memiliki 66,000 pekerja.


Daripada syarikat swasta hinggalah kepada agensi kerajaan dan universiti, ramai pemimpin tempatan menggunakan pelbagai insentif untuk menggalakkan orang ramai yang masih keberatan untuk tampil mendapatkan pelalian Covid-19.


Sebelum ini, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio menawarkan wang tunai AS$100 (RM424) kepada warga kota yang hadir untuk mendapatkan pelalian di beberapa pusat vaksinasi di New York.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu urusniaga yang menarik. Barter daging lombu dengan you punya daging.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 jenis umpan.

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-8-2021 05:42 PM
Macam2 jenis umpan.

Tidak pernah dalam sejarah manusia diumpan dengan sedahsyat ini supaya menerima satu produk farmaseutikal separuh masak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia makin modern makin belajar tinggi makin bodoh. Nak suruh ambik vaksin pun macam nak suruh lembu makan rumput. Lembu punya manusia antivaksin! chitpodah!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow…duit la, daging la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2021 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Metafora dajjal .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.062335 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list