|
Bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima, Gadaffi Ismail Sabri, atau lebih dikenali dengan panggilan Dafi, 32, hampir pasti akan bergelar anak Perdana Menteri Malaysia yang ke sembilan apabila bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 61, kini dikatakan mendapat sokongan mencukupi daripada ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin yang meletakkan jawatan pada Isnin.
Foto : Instagram Dafi
Memetik Utusan, Datuk Seri Ismail Sabri yang merupakan ahli parlimen Bera dikatakan berjaya mendapat sokongan 114 ahli parlimen terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Prrti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dn Gabungan Parti Sarawak (GPS). Dewan rakyat terkini mempunyai 220 ahli parlimen dan 114 dikatakan telah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri, bermakna seorang lagi calon Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan majoriti.
Tangkap layar pengesahan daripada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan turut menyatakan kesemua 114 ahli Dewan Rakyat yang menyatakan sokongan tersebut akan dipanggil ke Istana Negara hari ini.
"Esok Khamis, 19 Ogos bermula pukul 10 pagi, kami Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) akan bertolak ke Istana Negara dari WTCKL (Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur) dengan menaiki bas.
"Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Ini bererti, Ismail Sabri dengan izin Allah S.W.T adalah calon Perdana Menteri yang menang," katanya.
Utusan Malaysia juga telah mendapatkan pengesahan daripada Ahmad Maslan sendiri.
Foto : Instagram Dafi
Foto : Instagram Dafi
Pemilihan bapa Dafi sebagai calon tunggal Perdana Menteri daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) diputuskan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik diri dan Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat tidak menepati kriteria sebagai calon kerana hanya merupakan ahli Dewan Negeri (Adun) dan bukan ahli Dewan Rakyat (MP). - CARI |
|