Kesal nama terus diburuk-burukkan, pelawak Tauke Jambu bakal mengambil tindakan undang-undang.
Kredit foto: Harian Metro
Katanya seperti dipetik dari Harian Metro, dia akan menyaman mana-mana individu yang menyebarkan fitnah dan berita palsu membabitkan dirinya yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks, baru-baru ini.
"Harap maklum kepada semua, tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak peguam saya susulan daripada pelbagai kenyataan tidak berasas, fitnah, cacian serta penyebaran berita palsu berkaitan dengan saya baru-baru ini.
"Kerjasama yang saya berikan kepada pihak polis sudah disalah anggap dan banyak pihak memilih untuk menghukum sebelum menilai.
"Saya berharap melalui tindakan undang-undang ini dapat menghentikan sebarang penyebaran berita palsu di media sosial yang menjadi norma dalam kalangan masyarakat hari ini," ujarnya.
Kredit foto: BuzzKini/FMT
Siapa masih menyebut-nyebut nama Tauke menyebarkan cerita tidak benar terhadapnya, tunggu sajalah saman daripadanya. - CARI |