|
Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan merekodkan jumlah tertinggi apabila mencatatkan 22,242 kes berbanding 19,631 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 1,466,512 kes direkodkan setakat ini.
Foto: Harian Metro
"Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 6,858 kes, diikuti Sabah (2,413 kes); Pulau Pinang (1,867 kes); Kedah (1,852 kes); Kuala Lumpur (1,587 kes); Johor (1,477 kes) dan Sarawak (1,403 kes).
"Selain itu, Kelantan mencatatkan 1,351 kes; Perak (1,036 kes); Pahang (675kes); Melaka (579 kes); Negeri Sembilan (577 kes); Terengganu (487 kes); Perlis (50 kes); Putrajaya (25 kes) dan Labuan (5 kes)," katanya. -CARI |
|