View: 5232|Reply: 56
|
Cebisan Mayat Manusia Terlekat Pada Roda Pesawat Tentera
[Copy link]
|
|
Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) melaporkan pihaknya menemui cebisan mayat manusia terlekat pada roda pesawat tentera C-17 yang berlepas keluar dari Afghanistan sejak beberapa hari lepas, lapor akhbar Metro UK, semalam.
Menurut kenyataan tersebut, cebisan mayat itu dipercayai milik penduduk Afghanistan yang bertindak nekad berpaut pada pesawat kerana terdesak untuk meninggalkan negara itu selepas Taliban mengumumkan pengambilalihan kuasa pada hujung minggu lalu.
“Pesawat C-17 berlepas dalam keadaan tergesa-gesa memandangkan situasi yang tidak terkawal di lapangan terbang Kabul pada ketika itu.
“Ribuan penduduk bertindak berpaut pada roda dan sayap pesawat ketika berlepas, malah ada yang melayang jatuh ke bawah sebaik kapal terbangan naik ke udara,” tulis kenyataan itu.
Pada Isnin lepas, penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai itu terpaksa ditangguhkan selama berjam-jam apabila rakyat Afghanistan menyerbu landasan dan berusaha bermati-matian untuk masuk ke dalam pesawat.
Penerbangan disambung semula selepas tentera AS, Turki dan beberapa negara lain mengeluarkan sekitar 15,000 penduduk Afghanistan dari landasan pesawat, demikian menurut seorang pegawai AS.
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan memeriksa pesawat berkenaan sebelum membersihkan cebisan mayat yang terlekat sebelum memberi pelepasan untuk kembali beroperasi. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Duk ajelaa situ pun.. pi merantau tmpat lain pun tarak gune jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi ngerinye…klu aku, aku pun lari juga..takut tgk taliban tu layan ppuan xblh itu ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengaruh movie betul dia ingat Rambo ke main gayut macam tu boleh lepas selamat |
|
|
|
|
|
|
|
Yg takut sangat tu mesti pernah bekerja dengan US sebagai jurubahasa atau informer. Bekas president dia pun melarikan diri.Kerajaan pulak korup. Memang patut pun kerajaan tumbang. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78: Yg takut sangat tu mesti pernah bekerja dengan US sebagai jurubahasa atau informer. Bekas president dia pun melarikan diri.Kerajaan pulak korup. Meman ...
Yg selamat kek mana mana pun org semekin.. tadak condomg pd sape sape pung.. kalo condong pun dikuis kuiskan ajo
|
|
|
|
|
|
|
|
Mereka ini takut tinggal di tenpat sendiri, tetapi apabila tinggal di negara orang puteh maju, mereka ini juga lah yang sedaya upaya mengubah undang2 jadi macam negara asal mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh plak selamba berlari2 anak bawah sayap katebang gitu..kalo kene sedut dgn enjin tak ke naya jadi daging kisar |
|
|
|
|
|
|
|
ni yg sedih. agama Islam tu dh cantik dh. masuk fahaman ekstremis jd la cmni. even sesama rakyat Islam pun boleh jd takut sgt. x sanggup nk tinggal. |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 18-8-2021 06:33 PM
Carilah jodoh dgn anak immigrant Afghanistan di Eropah, mcm Daniel Bamdad
Elok lak tak berbulu heols ni..sure lasered off ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Manscaping ala2 European khenn, model summore... kalau membesar di Kabul pastu join Taliban, haruslah menyerupai beruang
|
|
|
|
|
|
|
|
Peluang keemasan utk PAS dan ahlinya utk berhijrah ke Afghanistan dan fokus politik sana... Sama2 bangunkan negara Islam bersandarkan undang2 syariah disamping meramaikan umat Islam dgn memperkasakan kempen tambah bini.. |
|
|
|
|
|
|
|
ermm..
too early to comment and judge... pasal baru je semalam kuar tv national afghanistan, penyampai berita wanita, pakai selendang je, temuramah jurucakap taliban secara live, which is aku agak terkejut jugak ....20 tahun lepas, kalau buat mcm tu confirm perempuan tu dah 'takda'
mungkin taliban skrg ni, berbeza dgn taliban 20 tahun lepas...
hamid karzai pun rilek2 stay kt kabul, tak lari mcm pengecut si ashraf ghani....
|
|
|
|
|
|
|
|
white_musk: Mereka ini takut tinggal di tenpat sendiri, tetapi apabila tinggal di negara orang puteh maju, mereka ini juga lah yang sedaya upaya mengubah undang2 ...
ala orang putih pun apa kurangnya, ubah sana ubah sini 2x5{:handsome
|
|
|
|
|
|
|
| |
|