CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1699|Reply: 14

Suka Makanan Ringan, Hongchan Tolak Semua Hadiah Sebab Nak Buka Pasar Raya

[Copy link]
Post time 18-8-2021 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Penerjun sensasi Olimpik China, Quan Hongchan mendedahkan impian terbarunya sejak memenangi pingat emas di Tokyo 2020 adalah untuk membuka sebuah pasar raya.




Kredit foto: CGTN




Memetik sebuah laporan media China, penerjun berusia 14 tahun itu sukakan makanan ringan dan mengimpikan untuk membuka kedai runcit, namun Hongchan berkata, kedai barunya harus 'lebih besar'.


Saya mahu membuka kedai yang lebih besar. Sebuah pasar raya yang lebih luas dengan banyak makanan ringan dijual," katanya.


Terdahulu, Hongchan mencuri tumpuan seluruh dunia apabila memperoleh markah perfect 10 menerusi terjunan 10m platform sehingga melayakkannya menerima pingat emas.







Kisah sedih Hongchan pula tular apabila wang kemenangan pingat emas tersebut mahu digunakan untuk membantu rawatan ibunya yang sakit.


Minggu lalu, bapanya Quan Wenmao memberitahu media tempatan, mereka sekeluarga ditawarkan 200,000 yuan (RM130,000) dan kediaman percuma, namun mereka menolaknya.


Bukan itu saja, sebuah hospital tempatan turut menawarkan rawatan percuma buat ibu dan datuknya yang sakit.


Hongchan dan keluarga turut ditawarkan tiket percuma seumur hidup ke taman tema, zoo serta beberapa buah resort.


Hadiah itu juga ditolak bapanya.




Kredit foto: Olympics




"Saya berterima kasih kepada mereka atas segala tawaran. Tetapi, saya tidak mengambil apa-apa," ujar bapanya selepas tiga hari anaknya memenangi pingat emas.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikitnya RM130,000. Emas tau tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
lwyl replied at 18-8-2021 02:31 PM
Sikitnya RM130,000. Emas tau tak?


Harga basikal berkuasa tinggi pemenang pingat emas yg dijanjikan tapi hauk sekadar bawak balik perak kita pun lagi besar kheunz?
Last last ada percubaan sabotage sebab tak menang emas...katanya..


Haramjadah betul..
.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Igtkn laki

Comel nya dgn taik lalat tu

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang tawarkan hadiah ni semua untuk apa? Sbb nk tukar dgn pingat ke apa.. ke saje2? Kalau saje2 knapa bapak dia taknak amik? Kan mcm kira dorang ni fans anak dia la kot.. kann
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ruginya tolak dik ooi. Ke deols rasa cam ada agenda tersembunyi. Ssh dgr org tolak rezeki ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak elok dik makanan ringan kamu kan atlet kena menten badan nipis dik
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
lwyl: Sikitnya RM130,000. Emas tau tak?

ok la tu rm130 ribu. menang emas olimpik je bukan menang hadiah nobel pun. Banyak kot 130k tu. Bapa dia bodo tolak tuah. Kesian hongchan semua keputusan bapa dia yg buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 18-8-2021 07:10 PM
ok la tu rm130 ribu. menang emas olimpik je bukan menang hadiah nobel pun. Banyak kot 130k tu. Bap ...

macam bapak Britney spears je
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sori tanya sbb mmg aku x tahu
klau menang emas di olimpik selain pingat ade dpt duit ke..
yg aku maksudkn ni bukan dr negara yg dia wakili tu tp dr olimpik sndiri...ade duit ke atau pingat shj
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya yang bapak hongchan tolak tu hadiah2 Dari korporat atau individu kut. Imbuhan dari kerajaan mmg sedia ada rasanya. Sbb. Hongchan sendiri pun ckp dia berazam nk menang pingat sbb nak dapatkan imbuhan tu utk rawat emaknya yang sakit. Tapi Tak tahu la berapa imbuhan atlet china yg kerajaan china bagi. Setahu aku, imbuhan tuk emas .. yg paling tinggi .. singapura la. Bernilai rm3 juta lbh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 18-8-2021 07:42 PM
sori tanya sbb mmg aku x tahu
klau menang emas di olimpik selain pingat ade dpt duit ke..
yg aku m ...

Pihak penganjuk Tak bagi hadiah duit. Tapi banyak negara sediakan hadiah Wang tunai tuk atlet yang bawak balik pingat tuk negara masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
eh ayahnya pun
hmmm suka laa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
moga dapat mengubah hidup keluarganya
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangka hayat sbg atlit kat china ni sekejap je.. setiap tahun muncul young top athletes.. x mcm malaysia dr muda sampai ke tua dia dia dia dan dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.058141 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list