CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 778|Reply: 1

[Sabah] Bapa Pengantin Cetus Kluster Baharu Di Sabah

[Copy link]
Post time 18-8-2021 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-8-2021 06:17 AM

Kluster Sawit Baiduri tercetus daripada majlis perkahwinan


KOTA KINABALU: Kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Sawit Baiduri yang merekodkan 77 kes baharu setakat ini dipercayai tercetus daripada majlis perkahwinan pada 6 Ogos lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata jangkitan yang direkodkan di Lahad Datu melibatkan komuniti di Mukim Felda Sahabat berpunca dari kes indeks iaitu bapa kepada pengantin tersebut.

“Kes indeks adalah lelaki warganegara Indonesia, berumur 47 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 11 Ogos lalu di Klinik Kesihatan Tungku selepas bergejala sejak 10 Ogos.

“Turut didapati positif ialah anak kepada kes indeks dan hasil pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap 178 orang terdiri daripada ahli keluarga dan kontak rapat kemudiannya mengesan 77 kes positif termasuk 43 kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan harian COVID-19 kelmarin.

Masidi berkata 101 lagi individu didapati negatif saringan pertama dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

“Hasil siasatan awal bagaimananapun mendapati terdapat majlis perkahwinan pada 06 Ogos lalu yang dipercayai  menjadi punca penyebaran wabak ini.

“Kes indeks adalah bapa kepada pengantin tersebut dan kesemua kes positif COVID-19 dalam kluster ini sudah dirujuk ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Lahad Datu dan Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan.

“Kontak-kontak rapat juga sudah diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sepagaya, Lahad Datu,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan Masidi berkata 285 kenderaan diarah berpatah balik selepas pemeriksaan 31,799 kenderaan di 150 sekatan jalan raya (SJR) yang dilaksanakan kelmarin.

“Sebanyak 29 kompaun turut dikeluarkan bagi kesalahan melanggar SOP COVID-19 di seluruh Sabah dengan kesalahan paling tinggi iaitu tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan.

“Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melibatkan 80 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 43 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya.
Tambahnya dua notis juga dikeluarkan di Kinabatangan hasil pemeriksaan 996 premis perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan mengikut kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Satu kompaun turut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) selepas menjalankan pematuhan SOP terhadap 40 premis perniagaan dan 39 individu di 18 kawasan dengan kesalahan susun atur kerusi meja ‘Dine-In’ di luar premis di sebuah restoran di Plaza Juta, Likas,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/08/18



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2021 02:18 PM | Show all posts
Bapa Pengantin Cetus Kluster Baharu Di Sabah




KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dikenali sebagai Kluster Sawit Baiduri dikesan di Lahad Datu, semalam dipercayai berpunca daripada majlis perkahwinan yang merekodkan 77 jangkitan.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata lelaki berumur 47 tahun itu dilaporkan bergejala sejak 10 Ogos lalu sebelum datang ke Klinik Kesihatan Tungku pada keesokannya untuk menjalani saringan.




“Turut didapati positif ialah anak kepada kes indeks. Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap 178 orang terdiri daripada ahli keluarga dan kontak rapat kemudiannya mengesan 77 kes positif termasuk 43 kes baharu, manakala 101 individu didapati negatif saringan pertama.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan namun siasatan awal mendapati terdapat majlis perkahwinan pada 6 Ogos 2021 yang disyaki menjadi punca penyebaran wabak,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata secara keseluruhan, Sabah semalam mencatat 2,103 kes baharu dengan 15 lagi kes kematian.

Seramai 652 pesakit COVID-19 pula dilaporkan sembuh, manakala seramai 5,153 pesakit sedang menerima rawatan dengan 168 orang daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 65 orang memerlukan alat bantuan pernafasan. – BH Online




sabahpost.net/2021/08/18
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.058863 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list