CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1630|Reply: 8

Jangan Ambil Ivermectin!

[Copy link]
Post time 18-8-2021 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Pandemik Covid-19 yang kini berlarutan hampir dua tahun ternyata memberi impak yang amat besar kepada setiap individu. Pelbagai langkah diambil oleh individu bagi mencegah penularan wabak ini termasuklah pengambilan ubat Ivermectin.


Kesan daripada itu, Pusat Racun Negara baru-baru ini mengesahkan pihaknya menerima dua kes keracunan yang diakibatkan oleh pengambilan Ivermectin.


Akibat pengambilan sebiji pil Ivermectin, seorang pengguna mengalami gejala sesak nafas yang berpanjangan sehingga lima hari selepas pengambilannya.




Kredit foto: The Star




Dalam satu lagi kes, seorang warga emas ditemui tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil 15 biji pil Ivermectin sekali gus.


Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, secara fakta Ivermectin ini memang digunakan oleh manusia untuk merawat masalah infeksi parasit.


“Ubat ini selamat untuk digunakan, tetapi tetap mempu-nyai kesan sampingan. Ivermectin boleh digunakan untuk merawat masalah-masalah tertentu tapi harus mengikut dos yang sesuai.


“Bagi Covid-19 pula banyak kajian di seluruh dunia yang membuktikan Ivermectin memberi kesan untuk mencegah atau mengurangkan keseriusan masalah ini. Tetapi ada juga kajian yang mengatakan ia tidak berkesan,” katanya.


Tambahnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan beberapa pertubuhan kesihatan lain buat masa ini hanya membenarkan Ivermectin sebagai rawatan Covid-19 untuk tujuan klinikal sahaja.


Namun begitu, ada juga pertubuhan kesihatan di Amerika Syarikat yang mendakwa Ivermectin ini boleh digunakan tetapi dengan nasihat dan preskripsi doktor.


Zainal Ariffin menambah, buat masa ini di Malaysia, Ivermectin masih tidak berdaftar dan jika ada pengguna yang menggunakannya, ia dijual secara tidak sah.


Menurutnya, Ivermectin ini memberi kesan sampingan jika diambil dalam dos yang tinggi.


“Ia boleh menyebabkan kerosakan hati, kerosakan sistem saraf dan kerosakan buah pinggang jika diambil secara berlebihan.


“Selain itu, jika diambil dalam jumlah yang tinggi dalam tempoh masa yang lama boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk termasuklah kematian,” terangnya.


Dalam pada itu, Pusat Racun Negara dalam kenyataannya menjelaskan, Ivermectin belum lagi diluluskan penggunaannya sebagai rawatan atau pencegahan jangkitan Covid-19 di Malaysia.


Namun begitu, didapati ada aktiviti penjualan ubat ber-kenaan secara tidak sah yang sedang berlaku.


“Pengambilan Ivermectin tanpa kajian mendalam dan dos yang tidak betul boleh mengakibatkan keracunan.


“Ivermectin boleh menyebabkan kesan mudarat seperti muntah, cirit, sakit perut dan pening, manakala kesan yang teruk pula adalah tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru dan kematian,” jelasnya.


Tambahnya, setakat ini tiada sebarang antidot atau rawatan spesifik untuk kes keracunan sebegitu. Oleh itu orang ramai dinasihat untuk mengelakkan pengambilan Ivermectin bagi melakukan rawatan kendiri.




Sumber: K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 12:04 PM | Show all posts
Edited by rikiruj at 18-8-2021 12:09 PM

15 biji?.. ambik vitamin C or panadol 15 biji pun bahaya. Yang pro-ivermectin pun be responsible lah sikit, bagilah nasihat jangan telan sampai 15 biji atau ikut saranan Dr yg pro ivermection.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
rikiruj replied at 18-8-2021 12:04 PM
15 biji?.. ambik vitamin C or panadol 15 biji pun bahaya. Yang pro-ivermectin pun be responsible lah ...

btol tu..benda ni kena kawal selia.kalo main radak je mmg jalan la citenye.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 02:26 PM | Show all posts
Bukan dah ada ka thread ni beberapa hari lepas?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 03:58 PM | Show all posts
Saya sarankan ambik je ivmectin ni.
Jadi senang sikit kita nk asingkan yang bahalol dan yang ada otak
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
15 tu jumlah diambil utk berapa lama.. atau sekali ngap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan salah Ivermectin. Ini salah sundri bodoh overdose.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua salah @blastoff jual ivermectin harga arab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 10:38 AM | Show all posts
Sekarang dah berkuasa boleh lah promote penggunaan Invermectin balik

https://www.freemalaysiatoday.co ... n-as-covid-19-cure/

https://www.youtube.com/watch?v=9Pc0ix1G-YA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.048753 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list