CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1157|Reply: 6

Gelang Pink Disimpan Dalam Poket Seluar Tercicir

[Copy link]
Post time 18-8-2021 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Pihak polis meminta orang ramai menghentikan komen negatif di laman sosial berikutan penemuan tiga gelang merah jambu Covid-19 dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berhampiran Masjid Kampung Bunohan, Chabang Empat Tumpat di sini pada Selasa.


Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, hasil siasatan polis mendapati, gelang tersebut disahkan milik tiga beranak dari Pengkalan Kubor yang positif Covid-19 dipercayai tercicir selepas menukar gelang lain di Klinik Kesihatan Bunohan.


“Semakan yang dibuat mendapati gelang tersebut milik seorang lelaki dan dua anak yang menjalankan ujian swab Covid-19 di Klinik Kesihatan Bunohan pada Ahad lalu




Tiga gelang pink Covid-19 yang telah dipotong ditemui di tepi jalan berhampiran Masjid Bunohan, Chabang Empat Tumpat, Tumpat mengundang kegusaran orang ramai pada Selasa.





“Semalam (Isnin) mereka dihubungi pihak klinik berkenaan pada jam 10 pagi dan dikehendaki hadir semula kerana keputusan ujian adalah positif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.


Menurut beliau, gelang yang dipakai ketiga-tiga mereka dipotong dan digantikan dengan gelang baharu bertarikh 15 Ogos 2021 sehingga 28 Ogos 2021 bagi kuarantin di rumah.


Ketiga-tiga mereka kata beliau, adalah kontak rapat kepada isteri lelaki tersebut yang positif Covid-19 dan dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).


“Lelaki tersebut mengakui ada mengambil semula gelang yang dipotong tanpa pengetahuan pihak klinik dengan anggapan bahawa dia perlu menyimpannya.


“Gelang tersebut yang disimpan dalam poket seluarnya tetapi tercicir tanpa disedari,” katanya.


Ujar beliau, pihak Klinik Kesihatan Bunohan mengesahkan perkara ini melalui semakan dokumen.


“Sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan keluar masuk di mukim Pengkalan Kubor oleh pihak berkuasa yang didakwa dilakukan untuk mengesan beberapa individu yang melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak kaitan dengan kes jumpa gelang dipotong.


“SJR tersebut kerana PKPD di kawasan Geting, Tumpat,” katanya.




Sumber: Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ka kalau pi potong gelang depa discarded dalam tong biohazard?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne bole ambik gelang dah potong. Senang2 je ke dia ambik tu. Pengalaman aku kena potong gelang.. Gelang tu terus jatuh dibuang dalam tong. Tukang gunting tu sedia siap2 tong kat sebelah

Tak tau la kk dia pegi.. Gelang yg dipotong letak atas meja. Then dia ambik bawak balik {:dot
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dah settle kan..katanya salah fhm..pakcik tu ingtkn lps potong tu blh bawak balik..pastu tercicir dr poket..
dorg pergi tukar gelang baru..i baru tahu gelang pun kena tkr..ikut tarikh ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 18-8-2021 07:25 PM
dah settle kan..katanya salah fhm..pakcik tu ingtkn lps potong tu blh bawak balik..pastu tercicir dr ...

Pacit tu nak masuk dlm stamp album kot?30 thn lg blh lelong
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak simpan pun gelang pink. Tak terfikir pun nak simpan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
salah fahamkah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057159 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list