CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3242|Reply: 22

Ada14 Kereta Dan 14 Banglo Mewah, Penyangak Jutawan Tumpas!

[Copy link]
Post time 17-8-2021 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Ken’ yang hidup mewah hasil aktiviti jenayah selama tujuh tahun sehingga memiliki aset bernilai puluhan juta ringgit berjaya dibongkar pihak polis baru-baru ini.


Lelaki berusia 40 tahun itu yang merupakan ketua sindiket dipercayai menjalankan kegiatan perjudian online, perlombongan mata wang bitcoin dan syarikat pinjaman wang tanpa lesen atau ceti haram secara berperingkat sejak 2014.


Hasil aktiviti haram tersebut, suspek berjaya memiliki 14 buah kenderaan mewah antaranya Lamborghini Huracan, BMW 8i, Nissan GTR dan Porsche Cayman.


Kredit foto: Kosmo





Lelaki itu yang sudah berkahwin turut mempunyai 14 buah banglo yang setiap satunya dianggarkan bernilai RM800,000 yang dibeli di kawasan perumahan sama.


Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunadi Mohamed berkata, perkara itu terbongkar selepas pihaknya menahan Datuk Ken dan isterinya yang berusia 41 tahun di Rawang menerusi operasi khas dinamakan Ops Datuk Ken pada 11 Ogos lalu.


Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dan Unit Siasatan Jenayah Pe-ngubahan Wang Haram Bukit Aman.


“Siasatan mendapati ke-tua sindiket itu terlibat dalam akti-viti perjudian online, urus niagabitcoin dan ah long yang dilakukan secara berperingkat bermula 2014 hingga tahun lalu.


“Lelaki bergelar Datuk itu juga mempunyai kaitan dengan 24 buah syarikat dipercayai bagi mencuci wang haram yang dipe-rolehi hasil jenayah tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.


Difahamkan, sindiket Datuk Ken mampu meraih RM52 juta hasil kerja jenayah sejak 2014.




Kredit foto: Kosmo





Selain pasangan itu, polis menahan 13 ahli sindiket berusia 17 hingga 40 tahun di empat buah rumah di Country Homes, Ra-wang pada 6 Julai lalu.


“Siasatan mendapati setiap ahli sindiket dibayar gaji RM2,500 hingga RM8,000 mengikut pe-ranan masing-masing.


Kesemua 13 suspek itu telah didakwa di mahkamah pada 9 Julai lalu di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata, kesemua kenderaan dan banglo itu diletakkan atas nama individu lain bagi mengaburi pihak berkuasa.


“Kita turut menyita tiga buah unit rumah kedai, wang tunai pelbagai mata wang asing dan membekukan 71 akaun bank dengan nilai keseluruhan RM33 juta,” katanya.


Mengikut modus operandi, sindiket itu menawarkan pinjaman kepada kenalan rapat dan ahli perniagaan sejak 2014 de-ngan mengenakan faedah lapan hingga 10 peratus sebulan.


Semakan mendapati Datuk Ken tidak memiliki rekod jenayah dan tidak mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee.


Pada April lalu, Polis Johor mendedahkan kegiatan Geng Nicky selepas menahan 42 individu dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah terancang.


Polis merampas wang, kende-raan mewah seperti Rolls Royce, Bently, BMW, Porsche dan Toyota Vellfire bernilai RM6.67 juta selain membekukan 41 akaun bank bernilai RM4.05 juta. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyangak judi online. Yg ketagih judi online ni pun ramai
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
hohohoh nak bawak mana kete rumah banyak gitu
back to the jail u go
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 17-8-2021 01:30 PM
hohohoh nak bawak mana kete rumah banyak gitu
back to the jail u go

Belum tentuuuu..loyer dah bersusun tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 17-8-2021 01:38 PM
Belum tentuuuu..loyer dah bersusun tunggu..

oh haah betul jugakkk
masing2 dah gosok tangan nunggu shcmoney.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nakkomenjugak replied at 17-8-2021 01:43 PM
oh haah betul jugakkk
masing2 dah gosok tangan nunggu shcmoney.

Biasa yang senang sangkut kes..' penganggur ditahan bersama 3 biji pil kuda' loyer pejam mata nak ambik kes.tak berbaloi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2021 01:56 PM | Show all posts
keluar penjara, dia buat lagi, elok hukum mati
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 02:11 PM | Show all posts
budak yg scam bitcoin sampai jadi billionaire boleh beli heli cash, kawin 3 tak pula kena AMLA..

aman2 je hidup siap kena jemput tv interview bagi nasihat pasal poligami..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 02:31 PM | Show all posts
sekarang games online pun gila...budak budak belanjakan RM600-700 seminggu utk main game...curi duir ibubapa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 02:43 PM | Show all posts
Ynag paling ketara dengan kebodohan penjenayah selalunya xtahan nak beli kereta mewah dan bawa awex seksi jalan-jalan dalam kereta mewah tu,


awex tu selalunya seksi dan bimbo pakej lengkap bodo sekali dgn vaksin 2 dos .
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kana tu pun aman jer..naik muto besar pusing2 kl
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 03:19 PM | Show all posts
Jangan lah pulak lepas ni ada masalah bukti hilang atau bilik simpan bukti terbakar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 05:29 PM | Show all posts
ini yang tertangkap. Yang 'terlepas dari pandangan' pihak berkuasa tu bila nak tangkap? kenyang dah kena bayar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
judi online makin femes, kalau bukak web tgk muvi/drama kan main bersusun2 ads judi online.
kaya sgguh la tokey judi, lbh krg baya iols je ni ada berbelas nahh banglo
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal kamu FOKUS
kamu TEKUN
kamu mesti Ong

sini Ong, mudah cuci
mari cuba
https://is.gd/wan123

ws 0179173766
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Daftpunk_shine replied at 17-8-2021 08:09 PM
Asal kamu FOKUS
kamu TEKUN
kamu mesti Ong

960
Ong Ong Mari
duduk rumah cari rezeki
platform Longgar
mudah CUCl
in/out tekan sendiri
try now
https://is.gd/wow77

wS 01165461887
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Loll.. adi kana pun rilek2 jer menghirup udara
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 17-8-2021 08:17 PM
960
Ong Ong Mari
duduk rumah cari rezeki

Reply dia balik ong ong gedek gedek

Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
lombong bitcoin tu bisnes haram kah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 09:21 PM | Show all posts
fuhh lambo pun nan hado

idop mewah black money pastu claim bangsa yg paling cerdik buat duit buat bisnes

pokeeee
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.048287 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list