View: 1186|Reply: 4
|
Lepas Dapat 2 Dos Vaksin, Tak Perlu Kuarantin Dah?
[Copy link]
|
|
Sekarang Alhamdulilah makin ramai orang dah dapat vaksin setelah sekian lama menunggu.
Tapi, ada perkembangan terbaru untuk mereka yang sudah menerima dos kedua vaksin jika menjadi kontak rapat kes positif Covid-19.
Di England dan Ireland Utara, pihak berkuasa kesihatan mengumumkan mereka yang lengkap dua dos vaksin tidak perlu menjalani kendiri jika menjadi kontak rapat Covid-19.
Mereka hanya digalakkan mengambil ujian PCR, itu pun tidak diwajibkan. Aik macam mana ni?
Menurut Setiausaha Kesihatan Sajid Javid, perubahan peraturan kuarantin itu dibuat dalam usaha "kembali kepada kehidupan normal".
Anda rasa macam mana? Yakin tidak mahu kuarantin kendiri walau sudah lengkap dua dos vaksin sekiranya menjadi kontak rapat kes positif Covid-19? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Itu satu percubaan untuk menerima virus Covid-19 dalam kehidupan yang mana menurutnya kita semua harus menerimanya. Pendek kata, dia suruh kita anggap macam virus biasa yang boleh ditangani dan tidak perlu ditakuti sehingga menjejaskan rutin harian.
Apa pun terpulang pada diri sendiri, nak kekal patuh atau tidak. Yang penting, jaga kebersihan dan sentiasa pakai mask serta elakkan kawasan red zone. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengokla derang kat stadium mcm mana. Dah mcm normal |
|
|
|
|
|
|
|
Ya dorang tengah belajar untuk teruskan hidup dengan virus ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|