Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar membantu kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memotong gelang pada tangan seorang pesakit lelaki di hospital itu pada pagi semalam.
Kakitangan HSB dikatakan cuba untuk mengeluarkan gelang jenis besi pada tangan pesakit yang terlantar tersebut, namun gagal sebelum menghubungi pihak bomba.
Anggota BBP Alor Setar memotong gelang besi pada tangan seorang pesakit di HSB, pagi semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat khas itu pada pukul 9.47 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi pada pukul 9.53 pagi, terdapat seorang pesakit dengan gelang pada tangan kanannya dan ia perlu dipotong atas arahan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
“Sebelum berurusan dengan pesakit terbabit, anggota bertugas diarahkan memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) lengkap dan memotong gelang itu menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi.
Sumber: K! ONLINE |