Ibu empat anak membuktikan usia bukanlah penghalang untuk menyambung pelajaran selepas mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam peperiksaan Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE).
GCSE merupakan sijil pendidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan digunakan dalam sistem pendidikan di England, Ireland Utara, dan Wales.
Ruth Ojinnaka yang berusia 45 tahun akan menyambung pelajaran di Universiti Bolton bersama anak perempuanya yang berusia 18 tahun pada September ini.
Kredit foto: Manchester Evening News
Dia yang sebelum ini bekerja dalam bidang perakaunan mengambil keputusan untuk mendapatkan kelayakan dalam matematik dan bahasa Inggeris di Kolej Hopwood Hall and Universiti Center bagi menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan.
Ruth yang berasal dari Manchester berkata dia mahu beralih ke bidang tersebut kerana lebih mudah untuk membesarkan anak-anaknya.
Ternyata usahanya itu berbaloi apabila berjaya mendapat gred 5 dalam matematik dan gred 9 dalam bahasa Inggeris.
Ruth yang turut mempunyai dua anak perempuan lain berusia 19 dan 16 tahun, serta seorang anak lelaki berusia 15 tahun berkata keluarganya tidak pernah meragui dengan kebolehannya.
"Anak-anak saya tahu bahawa saya boleh melakukannya, mereka mempercayai saya.
“Umur tidak membawa makna apa-apa. Sesiapa yang mahu melakukan sesuatu, lakukan saja. Anda akan gembira melakukannya,” katanya.
Tenaga pengajar di Kolej Hopwood Hall College and Universiti Center berkata mereka tidak terkejut dengan kejayaan Ruth dan menyifatkannya sebagai "inspirasi sempurna”.
Sumber: mStar |