CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 596|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 16/08/2021 1,728 Kes baharu

[Copy link]
Post time 16-8-2021 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-8-2021 01:13 PM

Sabah rekod 1,728 kes baharu COVID-19


KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan 1,728 kes baharu COVID-19 dengan penambahan 63 kes berbanding 15 Ogos 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 361 kes, 154 kes lebih tinggi berbanding 15 Ogos 2021.

"Tawau mencatatkan 154 kes, Sandakan 243, Tuaran 149 (+93), Penampang 138, Kinabatangan 71 (-81), Keningau 67, Beluran 59, Kota Belud 57 dan Ranau 31 kes.
"Saringan melalui kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada kes-kes baharu di Sabah iaitu 962 kes, saringan bergejala 461 kes dan kes daripada kluster adalah 134 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, di Kota Kinabalu peratusan mereka daripada kategori bergejala amat tinggi  yakni 43.2 peratus, Penampang 38.4 peratus, Tawau 30 peratus dan Sandakan 22.2 peratus.

Katanya, daripada 1,728 kes hari ini, 763 kes adalah daripada kategori 2. 366 kes adalah daripada kategori 1 dan 587 kes masih dalam siasatan.

"Kategori 3 mempunyai 10 orang pesakit, kategori 4, satu orang dan kategori 5 juga seorang sahaja.

"Setakat 15 Ogos 2021, 46.2 peratus penduduk dewasa Sabah telah pun memperolehi satu dos vaksin dan 22.7 peratus telah melengkapkan pengambilan dua dos vaksin," katanya.



utusanborneo.com.my/2021/08/16




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.143475 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list