CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6908|Reply: 46

Aqasha Anak Emas Rosyam Nor?

[Copy link]
Post time 16-8-2021 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Sering membintangi drama terbitan syarikat produksi, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, Aqasha menafikan dirinya 'anak emas' kepada pemilik empayar perniagaan itu, Datuk Rosyam Nor.


Aqasha atau nama sebenar, Firdee Akassya Rosli, 38, berkata, persefahaman antara syarikat produksi terbabit dan dirinya menjadikan mereka selesa bekerjasama.


Foto: IG




"Saya tidak fikir diri ini 'anak emas' Suhan Movies. Saya kerap berlakon di bawah syarikat ini mungkin kerana sudah lama dalam industri.


"Seperti yang dinyatakan Rosyam, beliau selesa bekerja dengan orang yang tahu mengenai ruang dan pekerjaannya... Saya juga begitu.


"Itu adalah sebab kenapa saya kerap bekerjasama dengan syarikat produksi ini... Saya bukanlah 'anak emas' Suhan Movies," katanya pada sidang media virtual mempromosikan drama rantaian Cik Ayu Mee Sanggul.


Aqasha melakonkan watak duda, Akhtar dalam drama yang menggandingkan dirinya dengan Amelia Henderson. Drama Cik Ayu Mee Sanggul mula menemui penonton di saluran Astro Ria sejak 27 Julai lalu.




  



Drama ditulis Nieza Nahar arahan Idora Abdul Rahman itu memaparkan pengorbanan janda muda yang mengahwini duda tanpa ikatan cinta dan menjadi ibu tiri kepada anak yang masih kecil.


Sementara itu, ditanya mengenai aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Aqasha berkata, dia banyak meluangkan masa bersama keluarga selain aktif di YouTube.


"Saya tidak menafikan, memasuki tahun kedua PKP, kerjaya lakonan terganggu. Mujur sejak sebelum pandemik, saya aktif membuat kerja lain demi survival hidup, begitu juga isteri saya," katanya.


Aqasha berkata, dia banyak perkara baharu sejak berkurung di rumah.




  



"Saya jumpa benda-benda baharu yang boleh dijadikan hobi. Semua maklumat ada di hujung jari. Buka sahaja internet dan YouTube, macam-macam tutorial ada.


"Disebabkan itu, saya aktif bermain gitar dan mencipta lagu. Cuma, saya tiada perancangan untuk menghasilkan single," katanya.


Aqasha juga belajar menyelenggara dan membaiki gitar melalui internet.


"Saya dapat kemahiran. Jadi, saya dalami ilmu gitar iaitu bagaimana menjadikan alat muzik itu lebih seronok dan sedap untuk dimainkan," katanya.


  



Aqasha berharap sektor industri kreatif boleh beroperasi semula agar penggiat seni dapat bekerja.


"Kami sudah maklum dengan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi. Apa yang kami harapkan adalah sektor industri kreatif dapat kembali beroperasi," katanya.


Aqasha berkata, sebagai umat Islam, dia percaya pandemik COVID-19 adalah musibah yang perlu diteladani manusia.




  



"Sepanjang PKP saya dapat meluangkan banyak masa merenung diri. Apa yang saya buat dalam hidup selama ini termasuk berapa banyak kebaikan dan keburukan yang dilakukan.


"Apatah lagi, saya bakal menginjak usia 40-an, banyak isu serius yang perlu saya fikirkan," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
wahhh masih dan semakin kendu yach
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 01:07 PM | Show all posts
Cleocatra replied at 16-8-2021 01:04 PM
Meleleh la air liur ritrude tengok abey kasah main gitar tak berbaju

tak boleh nak tahan gelak baca stetmen lu....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami nak anak hat jepun...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ooo baru 38 dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 02:34 PM | Show all posts
jd hero masih best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2021 02:44 PM | Show all posts
Cleocatra replied at 16-8-2021 05:04 AM
Meleleh la air liur ritrude tengok abey kasah main gitar tak berbaju

mahu genetic bagus gitchuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Igt lagi gegar vaganza...dari situ tau aqasha ni kuat berpeluh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2021 04:29 PM | Show all posts
anak emas takpe.. jngn anak ikan... haahah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingt dia dh 40 lbh.. ensem dia ni tp serabai…
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigit jari ritrude tengok bam kasah goreng gitar shirtless
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak ambik ritrud jd heroin bersama abg Jepun ke Rosham?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
aqasha ni sebaya dgn remy ishak,fezrul khan and sahezy sam
tp dr segi kendu, opkoz la Fezrul Khan juara carta
no.2 Aqasha jepun
no.3 remy ishak bosan
no.4 sam laki si minah rempit
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
laa ingat sama umoq dgn rude. tp lagu hang embun mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
aiols pelik yach heols nie...lakon ok,nyanyi ok, muke pun bleh lar nk kate ensem...tp heols so sendu,followers ig pun sedey...azharani lg femes dr heols nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols ni not bad looking jugak.. Tapi aura tu x ada kot! Maybe heols x mesra pemenat ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols rse Saharul Rizwan Ngan  Izzue Islam yg bnyk berlakon under suhan
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 09:10 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 16-8-2021 06:18 PM
aqasha ni sebaya dgn remy ishak,fezrul khan and sahezy sam
tp dr segi kendu, opkoz la Fezrul Khan j ...

Sendu Fezrul Khan tu pun dia berlakon ada feeling. Bukan macam setengah pelakon budak baru nak up followers ramai tapi berlakon sendu. Fezrul Khan antara pelakon lelaki yang terbaik yang ada di Malaysia. Tak perlu populariti tapi kualiti kerja lakonan terbaik.
Aqasha consider hero jantan terbaik. Kalau berlakon Paskal pun boleh. Muka jantan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
HafizSariman replied at 17-8-2021 09:10 PM
Sendu Fezrul Khan tu pun dia berlakon ada feeling. Bukan macam setengah pelakon budak baru nak up  ...

iols start minat fezrul sendu khan ms heshe belakon drama Ezora kt tv3 dolu2
drama tu adaptasi dr telenovela latin, Secreto de Amor
fezrul bawak watak lelaki kaya mcm lisandro serrano sulbaran (dlm telenovela tu)
gaya,mutu,keunggulan heshe sbg lelaki kaya yg gentlemen berrry d obvious yach
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Helokkk....minat betul lakonan heollss ni hensem..berlakon tak kaku ui..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.171082 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list