CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 610|Reply: 0

[Sabah] Gagal kuarantin diri, cetus kluster COVID-19

[Copy link]
Post time 16-8-2021 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Gagal kuarantin diri, cetus kluster COVID-19

KOTA KINABALU: Kegagalan mematuhi arahan kuarantin telah mencetuskan satu kluster di Ranau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Paka Kawiyan, Ranau melibatkan penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti akibat kegagalan individu yang tidak mematuhi arahan kuarantin.

"Hasil siasatan mendapati kes indeks, wanita, 32, yang disahkan positif hasil saringan rentas negeri hari ke-10 telah berinteraksi dengan penduduk kampung di sebuah kawasan kebun getah ketika cuba mendapatkan akses talian internet.

"Hasil beberapa siri saringan kontak rapat pada 29 Julai hingga 14 Ogos 2021, terdapat pertambahan bilangan kes dalam kalangan kontak rapat dan kontak sosial kes indeks.

"Daripada 132 orang yang disaring, kluster ini merekodkan 41 kes positif COVID-19 termasuk 13 kes baharu," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Selain itu katanya, terdapat dua lagi kluster baharu dikesan pada 15 Ogos 2021. Kluster Tangkuyan,  Kinabatangan adalah penularan jangkitan dalam komuniti.

Katanya, kes indeks merupakan kerani wanita, 27, di sebuah ladang sawit di Beluran dan disahkan positif dalam saringan tempat kerja pada 9 Ogos 2021.

"Hasil siasatan mendapati kes indeks mempunyai sejarah menghadiri upacara pengebumian ahli keluarga di Kg Tangkuyan, Kuamut.

"Aktiviti siasatan kontak seterusnya mendapati seramai 128 kontak keluarga, sosial dan tanggungan telah didapati positif COVID-19. Sebanyak 129 kes positif termasuk 128 kes baharu direkod dalam kluster ini," katanya.

Sementara itu katanya, Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu merupakan kluster tempat kerja yang berlaku di sebuah syarikat perusahaan tayar.

Menurutnya, kes indeks adalah pekerja lelaki, bukan warganegara, 40, yang didapati positif COVID-19 hasil saringan tempat kerja pada 12 Ogos 2021.

"Punca jangkitan masih dalam siasatan namun risiko jangkitan didapati tinggi seperti keadaan rumah kongsi yang sesak serta aktiviti sosial dalam kalangan pekerja setiap petang.

"Kes kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sapagaya, Lahad Datu," katanya.

Masidi berkata, daripada 39 kontak yang disaring, 18 individu dikesan positif termasuk 11 kes baharu semalam. Manakala, 21 individu pula didapati negatif pada saringan pertama.



utusanborneo.com.my/2021/08/16




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058064 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list