CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 955|Reply: 2

[Sabah] Pemandu e-Hailing Sabah & Labuan Terima RM500 Isnin Ini

[Copy link]
Post time 15-8-2021 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-8-2021 12:40 AM

Pemandu e-Hailing Sabah & Labuan Terima RM500 Isnin Ini

KOTA KINABALU, 14 Ogos : Seramai 3,908 pemandu e-hailing di Sabah dan Labuan akan mula menerima bantuan RM500 secara sekali bayar Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) Fasa Satu, Isnin ini.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP) Datuk Chin Kim Hiung berkata bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM1.95 juta.

Beliau berkata bayaran bantuan PEMERKASA Plus Fasa Satu itu adalah lanjutan daripada pembayaran kepada 2,588 pemandu teksi dan kereta sewa, bas sekolah serta bas pelancong yang telah disalurkan bermula 27 Julai lepas melibatkan peruntukan RM1.29 juta.

“Hingga rayuan ditutup pada 9 Ogos, LPKP Sabah menerima senarai
nama bagi 4,627 pemandu e-hailing daripada syarikat pengendali e-hailing untuk saringan penerima bantuan PEMERKASA Plus membabitkan seramai 4,461 pemandu Grab, 54 pemandu Maxim dan 112 pemandu MyCar.

“Daripada jumlah itu, hanya 3,908 orang layak menerima bantuan selepas memenuhi kritera ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chin berkata antara kriteria itu ialah pemandu perlu mencapai sasaran pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan dalam mana-mana tempoh dari Januari hingga Mei 2021, selain perlu mempunyai permit kenderaan e-hailing (EVP) dan lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) yang masih aktif pada atau selepas 31 Mac.
Beliau berkata semakan senarai pemandu e-hailing yang layak menerima bantuan PEMERKASA Plus boleh dibuat melalui pautan http://www.lpkpsabah.gov.my/pemerkasa.

Dalam pada itu, Chin berkata kerajaan sentiasa prihatin dan tidak pernah mengabaikan nasib pemandu pengangkutan awam dan ini dapat dilihat menerusi penyediaan peruntukan berjumlah RM3.24 juta menerusi program tersebut.

“Diharapkan agar bantuan daripada kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pemandu terlibat sepanjang tempoh pandemik ini,” katanya sambil mengingatkan para pemandu pengangkutan awam Sabah supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.- BERNAMA


Sabahpost/2021/08/14



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2021 03:06 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..dapatlah ringankan beban
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.062222 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list