CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 669|Reply: 0

[Sabah] 9 lokaliti di Sabah PKPD mulai 15 Ogos

[Copy link]
Post time 13-8-2021 09:07 PM | Show all posts |Read mode
9 lokaliti di Sabah PKPD mulai 15 Ogos


Sebanyak 10 lagi lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dengan sembilan daripadanya di Sabah bermula 15 Ogos hingga 28 Ogos ini.
Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata dalam kenyataan, pelaksanaan PKPD di semua lokaliti itu adalah susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).
Pelaksanaan PKPD bermula 15 Ogos hingga 28 Ogos adalah seperti berikut:
Sabah
  • Tiga lokaliti di Kota Kinabalu membabitkan Kampung Pulutan, Manggatal, Kg Mansiang, Menggatal dan Tapak Bina Hyatt Centric
  • Dua lokaliti di Beaufort malibatkan Kg Brunei, Membakut dan Rumah Kongsi Tapak Bina Prima, Lumat
  • Kg Rancangan Kalabakan, Kalabakan
  • Kampung Mangaris 2, Kota Marudu
  • Kampung Contoh, Putatan
  • Lorong Mat Salleh Bt 2, Jalan Apas
Pahang
  • Jalan Blue Valley-Lojing, Cameron Highlands
Lanjutan PKPD hingga 28 Ogos
  • Kampung Siansai Dundau, Kota Belud, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Tawau, Kampung Sembulan Tengah dan Lama, Kota Kinabalu serta Kampung Tempasuk 1, Kota Belud, Sabah
Penamatan PKPD pada 14 0gos
  • Lima lokaliti di Tawau, Sabah, iaitu Bandar Sabindo, Kampung Rancangan Sungai,Tongkang, Taman Kukusan, Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Jalan Apas dan Taman Berjaya
  • Lima lokaliti di Keningau, Sabah, iaitu Kampung Bariawa Laut, Kampung Baitah, Kampung Panagatan Ulu, Kampung Kota Ayangan, Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau
  • Tiga lokaliti di Kudat, Sabah, iaitu Kampung Seri Aman, Taman Orkid dan Kampung Damaran Banggi
  • Tiga lokaliti di Sandakan, Sabah, iaitu Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Sundang Laut dan Flat Taman Sejati
  • Taman Sempelang, Kota Kinabalu, Sabah
  • Kampung Tengah Padang, Putatan, Sabah
  • Kampung Babagon, Penampang, Sabah
  • Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab, T1emerloh, Pahang
  • Pos Iskandar, Bera, Pahang
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, seramai 208 individu dikompaun kerana ingkar SOP dan 16 direman semalam
Sementara Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 18,425 anggota menjalankan 82,158 pemeriksaan dan ‘snap check’ Covid-19 semalam bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.
Manakala menerusi Operasi Benteng dalam tempoh sama 11 lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan lima kenderaan darat dirampas.




Beritasabah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.390099 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list