CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 548|Reply: 0

Terlajak Mewah, Bilik Hotel Messi Cecah RM100,000 Semalam

[Copy link]
Post time 13-8-2021 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Paris: Lionel Messi menerima layanan terbaik di ibu kota Perancis selepas melengkapkan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG).


Sensasi dunia berusia 34 tahun itu ketika ini tinggal di sebuah hotel lima bintang yang dilengkapi dengan kolam renang, panggung wayang peribadi serta enam restoran mewah.


Menurut Mundo Deportivo, Messi dan isterinya, Antonela serta tiga anak mereka tinggal di Hotel Le Royal Monceau dekat Paris.




Kredit foto: AFP





Akaun rasmi Instagram hotel itu yang mempunyai lebih 118,000 pengikut, berkongsi video Messi tiba di hotel berkenaan.


Gambar Messi bersama baju Barcelona bersama-sama bekas seterusnya di Real Madrid, Sergio Ramos dan bintang PSG lain yang baru ditandatangani, turut dimuat naik.


Kapsyen gambar berkenaan berbunyi: "Satu kebanggaan dapat menyambut seorang pemain sangat berbakat ke PSG."


Hotel itu juga adalah tempat di mana Neymar tinggal sebelum dia berpindah ke sebuah aparment mewah di bandar berkenaan pada 2017.


Bilik di hotel mewah itu bermula pada harga £700 (RM4,100) semalam dengan bilik Messi pula dikatakan mencecah sehingga £17,000 (RM99,600) semalam. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.071884 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list