CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1570|Reply: 1

Takut Sangat Dengan Jarum, Dua Jam Pujuk Asif Cucuk Vaksin

[Copy link]
Post time 13-8-2021 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Hampir dua jam masa yang diambil bagi memujuk pelakon YouTube yang terkenal melalui Syahmi Sazli Production, Asif Suhaimi untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.


Satu klip video yang tular di media sosial sejak semalam menyaksikan pelakon Drama Spontan dari Kelantan itu tidak mahu mengambil suntikan vaksin dan takut melihat jarum ketika petugas kesihatan ingin memberi suntikan vaksin kepadanya.


Foto: IG






Difahamkan Asif yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) itu terpaksa ditenangkan oleh pasukam Syahmi Sazli dan dibantu oleh isteri pengarah tersebut yang juga sepupu Asif, Anissa Faizul.


Namun pujukan yang dilakukan oleh semua yang terlibat tidak menjadi dan terpaksa memegang dan meriba Asif untuk dapatkan suntikan vaksin tersebut.




  



  



Walaubagaimanapun, apa yang mencuit hati orang ramai apabila setelah berjaya disuntik Asif kelihatan tersenyum dan akui suntikan terbabit tidak menyakitkan.




  



“Anak syurga ni, kelakar la Asif punya takut nampak jarum, dah selesai selamba sahaja dia senyum dan cakap tidak sakit. Hampir dua jam katanya baru selesai nak vaksin dia seorang,” jelas KhairulHashimi Yo.


“Aku rasa ini kali pertama aku dapat tahu paling lama masa yang diambil untuk vaksin seorang. Tahniah Syahmi dan isteri kerana jaga anak ini. Kamu sudah buktikan yang golongan ini juga boleh berjaya,” jelas Faisal Kandang90. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
aku tak rasa dia takut jarum, dia takut surrounding tu . sensory depa lain ... anak aku yg saspek adhd pun, bila ramai, tggu lama, and terlalu byk memerhati buat perangai mcm mcm.. bila nurse bawak masuk bilik private elok ja dpt cucuk amek darah semua ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.387530 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list