CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 582|Reply: 0

[Sabah] Permit perjalanan rentas daerah di Sabah masih diperlukan

[Copy link]
Post time 12-8-2021 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Permit perjalanan rentas daerah di Sabah masih diperlukan

KOTA KINABALU: Orang ramai masih perlu menunjukkan surat atau permit semasa melakukan pergerakan merentas daerah kepada pihak polis semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) di negeri ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais (gambar) berkata Sabah masih menggunapakai Prosedur Operasi Standard (SOP) terdahulu berikutan Kerajaan Negeri belum mengeluarkan SOP baharu.

“Kita di Sabah masih menggunakan SOP yang dikemaskini pada 6 Ogos lalu dan orang ramai perlu meminta kebenaran serta permit pihak polis untuk merentas daerah manakala kelonggaran pergerakan untuk merentas negeri selepas lengkap dua dos suntikan vaksinasi COVID-19 belum boleh diaplikasi di negeri ini.

“Kawal pergerakan termasuk aktiviti berkumpulan terutama di pasaraya dan lokasi tumpuan ramai termasuk pusat rekreasi bagi memastikan tiada kesesakan luar biasa dalam kalangan masyarakat.

“Amalkan juga disiplin diri sendiri berikutan kita masih berhadapan cabaran jangkitan sporadik yang tidak kelihatan yang boleh menjangkiti komuniti dalam diam,” katanya.

Menurutnya pihaknya akan memberikan nasihat terlebih dahulu kepada masyarakat yang melakukan perbuatan yang melanggar SOP termasuk berkumpul beramai-ramai di lokasi tumpuan awan.

“Pihak polis peka masih ramai yang tidak memahami keadaan semasa pertukaran SOP terutamanya pengumuman yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat baru-baru ini yang mana ianya tidak diguna pakai di Sabah sehinggalah pengumuman SOP baharu dikeluarkan.

“Kita akan memberikan nasihat terlebih dahulu melalui team pemantauan serta eleman kereta peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), jika ada yang berdegil kita akan memberikan kompaun mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Sementara itu katanya pihaknya akan bekerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melaksanakan penugasan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Kita akan memberikan bantuan sepenuhnya kepada KKM bagi melakukan kawalan keselamatan untuk mengatasi kemungkinan berlakunya masalah kesesakan di PPV.
“Penugasan ini juga akan dilaksanakan agensi lain termasuk RELA berikutan kekangan keanggotaan pihak polis yang melakukan penugasan lain di SJR serta tugas pematuhan SOP,” katanya.



utusanborneo.com.my/2021/08/12



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.503118 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list