View: 2534|Reply: 11
|
"Korang Memang Hilang Manusia Dalam Diri" - Naim Daniel 'Basuh' Ejen I
[Copy link]
|
|
Pelakon dan penyanyi Naim Daniel, 23, tidak bersetuju dengan tindakan segelintir ejen insurans menggunakan kematian terutama pemergian Allahyarham Siti Sarah kelmarin sebagai modal untuk pemasaran insurans.
Pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin itu berkata, ejen insuran sepatutnya lebih sensitif serta perlu ada sifat empati dengan kesedihan yang menimpa terutama ahli keluarga mangsa.
Kredit foto: IG Naim
Menurutnya, dia tidak menentang jika mereka memang berniat memberi kesedaran mengenai kepentingan insurans. Bagaimanapun, ia tidak patut dilakukan secara semberono demi mengaut keuntungan.
"Anda (ejen insurans) pernah dengar apa itu 'timing sensitivity'? Untuk tidak semberono dan terus ambil sesuatu itu dan menjalankan apa saja yang anda rasa betul.
"Apatah lagi jika tidak mendapat keizinan daripada pihak mangsa. Anda tidak mahu kematian ahli keluarga anda dieksploitasi oleh mana-mana pihak walaupun atas dasar perniagaan bukan?
"endek kata, banyak lagi cara. Saya percaya banyak lagi di luar sana yang berpendapat menjaga sensitiviti itu penting. Tanpa berselindung di sebalik justifikasi untuk melakukan sesuatu yang mungkin 'boleh' di mata anda," katanya.
Penyanyi lagu Sumpah itu juga menjelaskan, dia tahu betapa pentingnya insurans, malah keluarganya sendiri pernah berada dalam bidang itu.
Namun, dia tetap tidak setuju jika kematian orang diperalatkan untuk menaikkan jualan insurans.
"Abang, ibu bapa saya pernah berada dalam bidang insurans selama hampir 20 tahun. Moto yang kedua orang tua saya gunakan dalam modus operandi mereka adalah, kita nak tolong nyawa orang, jangan peralat nyawa orang. Kita nak bantu manusia, jangan sampai hilang manusia.
"Ia tugas kebersamaan kita untuk tidak hanya 'menjual' semata-mata kepada mereka yang memerlukan khidmat kita. Untuk membuat pelanggan merasa senang dan selamat juga adalah keutamaan kita.
"Saya hargai anda yang percaya bahawa sensitiviti itu perlu dijaga. Sudah cukup untuk saya percaya masih ada ejen insurans yang punya hati, punya empati, bukan hanya berkiblatkan keuntungan saja," katanya.
Terdahulu, Naim berkongsi ciapan mengenai kekecewaannya terhadap segelintir ejen insurans yang menggunakan kematian Allahyarham Siti Sarah modal bercerita mengenai hibah.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
X abes2 muka die ni mencapub kat news skrg... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila la agen2 insurans ni semua nak matang ye |
|
|
|
|
|
|
|
betul je apa dia ni cakap hah..mmg akan ada je yang ambil kesempatan nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ada ejen insurans laki bini approach pujuk aku beli. Couple Muslim....pakej pun konon Islamic (huh?)
Tapi yang buat aku tak jadi ambil adalah sebab dorang tanya - ko nak makan ayam sembelih ke ayam cucuk? Dalam hati aku memang tak berkenan cara tu. {:thief |
|
|
|
|
|
|
|
muka dia ni nampak busux forever. semua isu dia nak enterframe. azizul menang dia nyanyi2 depan tv mcm org tak betul puiii |
|
|
|
|
|
|
|
Hurmmm baru ckp pasal ni dengan suami iols td…mmg tugas org insurance ni kena ckp bab kematian bab eksiden..sbb tu protection yg depa bagi
Kami bersembng sbb td time nk p kerja ..pagi dlm pukul 9.50am depan mata kami seorang rider grab melekat dkt blkng lori..Allahuakbar jelas dan nyata lg kt mata ni sbb masa kejadian tu baru2 sgt lg jadi polis ke ambulance lgsung xde ..mmg nmpk jelas tnpa halangan…
Kami igtkan lori rosak ke apa pusing2 ke kiri Allah rider grab..
Lps tu terus terfikir apa jd nasib keluarga rider tuh…kalau ada insurance atau hibah at least boleh membantu…dan harapnya ada la
Apa2 pon ejen insurance berpada pada la..jgn smpai terlampau nmpak sgt ambik kesempatan gitu…
Ni pendapat iols je la ye… |
|
|
|
|
|
|
|
Wahai reporter cari yg semuanya jenis asal boleh, korang ni tau ke tak term gosip tu? Benda2 ni bukan gosip la ngok! Takkan jizklongklong yg membela korang tak ajar apa tu gosip? Ke dia ajar kalau tak puas hati, terus report dia?
Aku tau, korang ni jenis tak kisah yg penting capai kpi kan?
Lain la Naima ni mengaku dia gayah & ada scandal dgn artis lelaki, baru boleh digosipkan sebab kita tertanya2, saling berbicara...
Ngok! |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 11-8-2021 07:58 PM
Wahai reporter cari yg semuanya jenis asal boleh, korang ni tau ke tak term gosip tu? Benda2 ni buka ...
Reporter cari ni bukannya reti nak tulis gossip, diorang cuma pandai buat ulasan dari medsos retis je. |
|
|
|
|
|
|
|
Halah.. Si laki pon jual cite bini buat content. Biarlaaa ejen tu pon nk tumpang sekaki gk.. Kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
LembingDayanti: muka dia ni nampak busux forever. semua isu dia nak enterframe. azizul menang dia nyanyi2 depan tv mcm org tak betul puiii
Zaman zkrg ni mostly artis mesti kena "relate kan diri" dgn perkara2 yg tgh trending.. contohnya "oh aku kena post sesuatu ttg si mati.. kalau tak aku ketinggalan.." |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman: Dulu ada ejen insurans laki bini approach pujuk aku beli. Couple Muslim....pakej pun konon Islamic (huh?) Tapi yang buat aku tak jadi ambil adalah seb ...
iols pulak haritu nak amekkan my kazen insuran pastu agen cakap wajib amek takaful sbb sambil tu kita sedekah. Bayar bulan2 tu termasuk portion sedekah. Terus iols kensel. Xsuka sedekah paksa macam ni. Beli barang konon sambil sedekah ke palestin contohnya. Baik i sedekah terus duit tu dpt kat orang 100% instead of 10%. LoLLLL
|
|
|
|
|
|
|
| |
|