CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1760|Reply: 10

Nak Jaga Amal Ibadah, Nazar Mawar Rashid Selepas Sembuh

[Copy link]
Post time 11-8-2021 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Pandemik Covid-19 membawa banyak perubahan secara menyeluruh kepada kehidupan setiap individu.


Bukan sekadar mengubah corak kehidupan, ia bahkan turut mengubah perspektif seseorang individu dalam melihat kehidupan itu sendiri.


Bagi pelakon Mawar Rashid, dia juga tidak terkecuali melalui satu fasa dan proses yang tidak pernah diduga apabila dia dan keluarganya baru-baru ini, diuji dengan jangkitan virus pembunuh terbabit.






Foto: IG




Walaupun sudah disahkan negatif, namun, gaya hidupnya banyak berubah berikutan kesan jangka panjang yang tak dapat dielakkan sebagai bekas pesakit wabak itu.


"Ketika saya dan suami disahkan positif Covid-19, kami menjalani kuarantin selama dua minggu. Dalam seminggu pertama, memang kami rasa agak cepat penat, rasa mengah dan mengantuk.


"Bagaimanapun, kami bersyukur kerana anak-anak kami okay. Mungkin sebab antibodi mereka kuat," katanya.




  



Berkongsi pengalamannya selepas beberapa minggu, Mawar mengakui adakalanya dia masih lagi berasa cepat penat, namun bersyukur kerana deria bau sudah mula pulih.


"Rasa nafas pendek, cepat penat dan tak boleh berdiri lama itu saya rasakan sehingga kini walaupun dah disahkan negatif. Jadi, doktor menyarankan agar kami berehat selama tiga hingga empat bulan.


"Dari segi deria, saya dan suami bersyukur kerana kami hilang deria bau, manakala deria rasa masih ada ketika kami positif. Sekarang, ia semakin pulih dan setiap hari, ada perkembangan positif," katanya.


Pada masa sama, Mawar juga berkongsi kerisauannya pada saat itu kerana ibunya juga disahkan positif.




  



"Yang merisaukan saya ketika itu adalah keadaan ibu saya kerana dia juga dijangkiti Covid-19, tahap empat. Apatah lagi, ibu saya dah berusia 60 tahun dan memiliki sejarah beberapa penyakit, jadi itu yang lebih merisaukan saya.


"Satu lagi perkara yang membuatkan saya gusar, ketika ibu dibawa menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Maeps kerana dia yang berasal dari Thailand, tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.


"Jadi, saya risau kalau ibu tak dapat nak berkomunikasi dengan petugas-petugas di situ. Tapi, Alhamdulillah, semuanya okay," katanya.


Ketika itu, Mawar juga bernazar untuk memberikan sedikit sumbangan kepada pihak hospital dan menjaga amalnya sebagai wanita Muslim.




  



"Alhamdulillah, beberapa sumbangan sudah saya sampaikan kepada dua hospital iaitu Hospital Ampang dan Hospital Selayang. Saya berharap agar sumbangan saya itu dapat memudahkan urusan doktor dan petugas barisan hadapan di kedua-dua hospital berkenaan.


"Selain itu, nazar saya adalah untuk menjaga amal ibadah saya sebagai seorang umat Islam," katanya.


Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, Mawar juga membuka cerita mengenai pengalaman yang berjaya menjentik hati kecilnya.




  



"Ketika dijangkiti Covid-19, saya mengalami demam dan suhu badan saya naik agak tinggi. Panasnya adalah sehingga saya perlu berendam di dalam tab mandi. Dalam sehari, saya akan berendam sebanyak lima kali untuk menstabilkan suhu badan.


"Banyak perkara bermain dalam fikiran saya, antaranya saya takut kalau tahap oksigen saya menurun kerana saya juga ada anak yang masih kecil. Suami saya pula mengalami batuk berdarah.


"Suami saya menunaikan solat taubat dan juga solat hajat. Saya juga bersolat dan bernazar untuk menjaga solat saya apabila saya diberikan kesembuhan," katanya lagi.


Kini, Mawar juga sudah mula kembali bekerja dari rumah memandangkan kerja-kerja penggambaran belum dibenarkan beroperasi.


"Di rumah, saya jalani penggambaran sendiri untuk beberapa kempen dan iklan. Itu semua adalah rezeki juga. Walaupun jadual agak padat, saya cuba seimbangkan untuk meluangkan masa dengan anak-anak memandangkan saya bekerja dari rumah.




  





  



"Tapi, sejak dah ada anak kecil, saya cuba untuk mengehadkan jadual kerja saya," katanya.


Berkongsi mengenai karier seni, Mawar bakal bekerjasama dengan beberapa nama besar dalam industri antaranya, Sheila Rusly dan Kabir Bhatia.


"Akhirnya, saya dapat juga peluang untuk bekerja dengan Sheila Rusly dan Kabir Bhatia. Kedua-dua mereka adalah nama besar dalam industri hiburan negara dan sememangnya menjadi impian saya untuk bekerja dengan mereka.


"Namun, kami masih menunggu berita baik untuk industri seni kreatif dan apabila dibenarkan kembali memulakan aktiviti penggambaran, saya akan turun ke set kembali," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2021 12:11 PM | Show all posts
Bgs la niat tu.
Tp... kurang2 kan la humble brag.
Sgt x elok untuk yourself jgk.

Sama2 kita perbaiki diri
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 12:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 12:54 PM | Show all posts
bagus la camtu.. kadang2 Allah izinkan sesuatu kejadian berlaku supaya kita ambil iktibar dan berubah jadi lagi baik.. itula gunanya akal fikiran yang Allah kurniakan untuk manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sori nk tanya, fazley dgn suami mawar ni adik beradik tiri ke...sbb mcm xpnh dgr plak fazley guna raden kt pangkal nama..yg si mawar ni plak sibuk ngn raden ke hulu radin ke hilir
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 04:45 PM | Show all posts
moga terus istiqamah semua perkara baik tersebut walaupun sudah kembali sihat drp covid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2021 04:48 PM | Show all posts
primarikey replied at 11-8-2021 01:25 PM
Sori nk tanya, fazley dgn suami mawar ni adik beradik tiri ke...sbb mcm xpnh dgr plak fazley guna ra ...

aah adik beradik tapi nama laki mawar ada radin. fazley takde raden..kata keturunan jawo... silap bapak dia lah gitu. kuikui
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
biozipstar replied at 11-8-2021 04:48 PM
aah adik beradik tapi nama laki mawar ada radin. fazley takde raden..kata keturunan jawo... silap  ...

Ooo..mcm tu
Mgkn masa ank pertama  apaknye x tau dorg keturunan raden2.. Masa ank ke2 baru tau...sbb arwah apaknye pn xde raden kn kt dpn nama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2021 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah semoga dipermudahkan utk Mawar
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ciri keartisan dia ni selalu keluar berita?
Geng geng juga ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.041547 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list