CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 783|Reply: 1

[Sabah] Covid-19 10/08/2021 1,383 Kes baharu

[Copy link]
Post time 10-8-2021 08:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 11-8-2021 01:15 PM

Sabah terus catat peningkatan kes baharu COVID-19

KOTA KINABALU: Sabah terus mencatatkan pertambahan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 1,383 kes dengan penambahan sebanyak 136 kes baharu berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata beberapa daerah menunjukkan kenaikan kes ketara termasuk daerah yang mencatatkan kes rendah sebelum ini iaitu Kota Marudu pertambahan sebanyak 37 menjadikan 41 kes keseluruhan dan Beluran penambahan 23 kes kepada 30 kes hari ini.

Katanya beberapa daerah termasuk Sandakan yang bertambah 86 kes menjumlahkan 138 kes keseluruhan, Keningau bertambah 36 kepada 79 kes manakala Kota Belud 66 kes, Kinabatangan 49 kes manakala Tenom 30 kes.

“Bertindak dengan penambahan kes ketara ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan agensi berkaitan sedang berusaha untuk memberi vaksin kepada rakyat dalam kadar yang cepat.

“Sehingga 9 Ogos lalu, sebanyak 1,126,645 dos pertama sudah diberi kepada pendaftar menjadikan 40.8 peratus penduduk dewasa di Sabah sudah disuntik sekurang-kurangnya dos pertama vaksin.

“Penduduk yang sudah melengkapkan suntikan dua dos masih rendah iaitu 17.6 peratus bersamaan 485,880 dos daripada jumlah penduduk dewasa Sabah.

“Kita akan terus berusaha menambah kapasiti penyuntikan JKNS sambil memastikan bekalan vaksin yang cukup sentiasa ada,” katanya dalam kenyataan harian COVID-19 di sini semalam.

Masidi berkata kes harian hanya akan mula menurun apabila penduduk Sabah sudah berjaya menerima suntikan vaksin pada satu tahap peratusan yang signifikan.

Tambahnya rakyat boleh memainkan peranan penting untuk mengawal daripada merebaknya jangkitan virus ini dengan mengamalkan disiplin serta penjagaan kesihatan diri yang tinggi dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Untuk kes hari ini Kota Kinabalu mencatat kes terbanyak iati 326 kes dan mencecah hampir 24 peratus daripada keseluruhan jumlah kes di Sabah.

“Kontak rapat penyumbang utama kepada kes harian di Sabah iaitu mencecah 749 kes bersamaan 54.2 peratus manakala saringan bergejala 23.3 peratus bersamaan 322 dan saringan kluster sebanyak 111 kes serta 5.3 peratus bersamaan 73 kes direkodkan melalui saringan bersasar.

“Satu kluster baharu di Kampung Timbua, Ranau dengan penambahan satu kes menjadikan 48 jumlah keseluruhan juga diistiharkan hari ini,” katanya.

Tambahnya 1064 kes dalam kategorikan tahap satu dan dua, 19 dalam kategori tiga, 12 individu dalam kategori empat dan hanya enam orang pada kategori 5, manakala 282 kes lagi masih dalam siasatan JKNS.



utusanborneo.com.my/2021/08/10




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2021 09:38 AM | Show all posts
harap jangan berulang lagi macam aritu ...
moga arini ada berkurangan ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.072483 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list