Seorang wanita memotong rambut wanita lain kerana mencurigai mangsa mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.
Lapor India Today, pihak polis memberkas empat individu berhubung kejadian berlaku di Gujarat Surat.
Gambar hiasan/India Today
Menurut polis, seorang yang ditahan adalah wanita yang menuduh mangsa mempunyai skandal dengan suaminya, sementara tiga individu lain memalukan mangsa di khalayak ramai.
Mangsa berusia 19 tahun itu datang dari Madhya Pradesh ke Surat bagi mencari pekerjaan.
Dia membuat laporan itu selepas dituduh menjalin hubungan cinta dengan suami orang.
Mangsa dikatakan ditarik keluar dari rumahnya dan diserang oleh suspek.
Sumber: Utusan |