CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8158|Reply: 64

Carta 10 Selebriti Malaysia Paling Ramai "Follower" Instagram Pada 202

  [Copy link]
Post time 6-8-2021 12:57 PM | Show all posts |Read mode






Media sosial terutamanya Instagram sememangnya memainkan peranan penting sebagai medium buat "Influencer" untuk berkongsi perkembangan terbaharu bersama peminat.

Malah, mempunyai pengikut yang ramai kini dijadikan sebagai "kayu ukur" untuk seseorang itu dianggap berpengaruh dan popular.

Selain itu, jumlah pengikut yang ramai di Instagram sudah tentu akan menjadi "lombong emas "kepada pemilik akaun atau lebih tepat, Instafamous kerana mereka akan menjana pendapatan melalui iklan-iklan dan muat naik yang ditaja (paid review).

Pada tahun 2019 dan 2020, penyanyi nombor 1 negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin menghuni tangga teratas carta dengan jumlah 6.4 juta pengikut pada 2019 dan 7.6 juta pengikut pada 2020. Bagaimana pula pada tahun 2021?

Jom ikuti carta 10 selebriti Malaysia yang paling ramai followers di Instagram sehingga Ogos 2021.




10. NUR FAZURA [@missfazura] – 5.6 JUTA FOLLOWERS



Nur Fazura atau lebih dikenali dengan nama Fazura merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan juga usahawan yang berjaya. Isteri kepada pelakon Fattah Amin ini kini sedang giat menjalankan perniagaan tudung yang baru dilancarkan beberapa bulan lalu.


9. SCHA ALYAHYA [@schaalyahya] – 5.8 JUTA FOLLOWERS



Scha Alyahya merupakan seorang model, pelakon dan juga pengacara. Scha sebelum ini pernah menyertai Air Asia sebagai seorang pramugari dan berhenti setelah menyertai dunia seni hiburan tanah air. Dia menamatkan zaman bujang pada tahun 2012 bersama pelakon dan pengacara, Awal Ashaari.


8. AMYRA ROSLI [@aamyrarosli] – 5.8 JUTA FOLLOWERS



Amyra Rosli adalah pelakon wanita yang sangat versatil dan berbakat besar yang kini mempunyai 5.8 juta pengikut di Instagram.


Isteri kepada pelakon Amar Baharin ini telah banyak membintangi drama popular seperti Nur, Nur 2, Suamiku Encik Sotong, Encik Bunga Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja, Isteri Tuan Ihsan, Cinta Di Langit Cardiff, Nur dan Kan Ku Kejar Cinta Kamu.


7. HANIS ZALIKHA [@haniszalikha] – 6 JUTA FOLLOWERS



Hanis Zalikha atau mesra disapa Keknis mula dikenali melalui dunia blogger. Kemudian, isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini menceburi bidang permodelan dan juga lakonan. Hanis Zalikha pernah tercalon dalam kategori Most Influential Blog Award 2011.

6. JANNA NICK [@jannanick] – 6.2 JUTA FOLLOWERS



Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Munir merupakan seorang pelakon dan penyanyi berumur 26 tahun. Karier lakonan Janna bermula pada tahun 2012 manakala nyanyian pula pada tahun 2016. Kini dia bergelar seorang pengarah dengan menerbitkan telefilem pertama berjudul Delen.


5. MIRA FILZAH [@mfmirafilzah] – 7.2 JUTA FOLLOWERS



Mira Filzah merupakan seorang pelakon, model, pengacara dan usahawan, mengasaskan MF Shawls pada tahun 2017. Gadis manis ini baru sahaja menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar pada 3 September 2020.


4. NORA DANISH [@noradanish] - 7.3 JUTA FOLLOWERS



Nora Danish merupakan seorang pelakon, model dan juga pengacara yang kini mempunyai lebih 7.2 juta pengikut di Instagram.

Pelakon yang mula menempa drama melalui drama komedi Puteri ini sangat aktif di Instagram dengan memuat naik perkembangan terkini dan kandungan kreatif. Pada tahun 2016, Nora merupakan selebriti Malaysia yang paling ramai followers dengan 3.2 juta pengikut.



3. ZIZAN RAZAK [@zizanrazak869] - 7.8 JUTA FOLLOWERS



Pelawak popular Zizan Razak adalah satu-satunya artis lelaki dalam carta top 10 ini. Selain terkenal sebagai seorang pelawak, Zizan juga adalah seorang pelakon, pengacara dan juga penyanyi.

Antara lakonan Zizan paling disebut-sebut adalah menerusi filem Abang Long Fadhil dan siri filem Polis Evo.

Zizan mempunyai beberapa lagu hit antaranya Bawaku Pergi (bersama Kaka), Infiniti Cinta (bersama Kaka), Chentaku (bersama Sonaone), Kita Ok, Berserah (bersama Ismail Izzani) dan Kau Takkan Tahu.


2. SITI NURHALIZA [@ctdk] - 8.2 JUTA FOLLOWERS



Penyanyi No 1 Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berada ditempat kedua dengan 8.2 juta pengikut di Instagram.

Beliau merupakan seorang penyanyi, penerbit muzik dan juga usahawan yang berjaya. Selain itu, beliau juga telah menerima lebih daripada 300 anugerah dari luar dan dalam negara.



1. NEELOFA [@neelofa] - 8.5 JUTA FOLLOWERS



Pelakon, pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa kembali mengungguli carta selebriti yang memiliki jumlah pengikut atau ‘followers’ Instagram terbanyak di Malaysia setakat Ogos 2021.

Pada Oktober 2019, jumlah pengikutnya naik mendadak selepas dia mengumumkan dirinya nekad berniqab.

Sebelum ini isteri kepada PU Riz ini pernah bergelar selebriti yang memiliki jumlah pengikut atau ‘followers’ Instagram paling ramai di Malaysia pada tahun 2017 dan 2018 sebelum dipintas oleh Siti Nurhaliza pada tahun 2019 namun kini dia kembali semula ke carta teratas.

Hakikatnya, walaupun sejak kebelakangan ini Neelofa sering dihimpit kontroversi tetapi tetap unggul ditangga teratas selebriti Malaysia berpengaruh dan paling ramai pengikut di Instagram pada 2021. - CARI






*Data dan maklumat berdasarkan tarikh 6 Ogos 2021
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mne loli.. ini 1 percapaian terbaik 2021. Boleh letak dalam resume
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lupe update LinkedIn {:run
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 01:17 PM | Show all posts
amoi tak masuk carta ke? bukan ke ramai jantan suka dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
yg penting semua kat atas i xfollow yach
kak lop paling tinggi la ye..kira rendah jgk la tu..i tgk rentis turki yg famous...dabel lg mencanak follower dorg..jauh la lopa ketinggalan..
rentis malaysia i follow mznina jer
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Zizang???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2021 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
makin menutup. makin ramai polower. tahniah jahlop.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza artis malaysia amd antarabangsa... Diorg ni byk sgt menjual produck especially product sampah... Artis luar negara xpernah ak tgk nk promote product pepelik... Malaysia ni smp ke makan..drama bubuh dlm ig korg... Dlm hotak henggat org nk tgk drama or filem sampah diorg tuh nnt.. Hahaha.. Sedihh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa ctdk selalu filter gambar? over sgt filter.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 02:39 PM | Show all posts
Masukkeluar replied at 6-8-2021 01:55 PM
kenapa ctdk selalu filter gambar? over sgt filter.

Ya, perasan juga.. Over sikit dari biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorang pon aku x follow...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 03:06 PM | Show all posts
Mulotkoyak replied at 6-8-2021 01:52 PM
Beza artis malaysia amd antarabangsa... Diorg ni byk sgt menjual produck especially product sampah.. ...

retis Turki .... 2.4 million followers aje.

  



tak ada review product....


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ada la skit aku follow atas tu..  lofa lps kes zouk mmg xfollow dh
surprisingly zizan the only one lelaki yg tersenarai
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 03:08 PM | Show all posts
edayildiz replied at 6-8-2021 01:20 PM
yg penting semua kat atas i xfollow yach
kak lop paling tinggi la ye..kira rendah jgk la tu..i ...

their followers (retis turki) jauh lebih rendah tapi their likes jauh lebih tinggi


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 6-8-2021 01:20 PM
yg penting semua kat atas i xfollow yach
kak lop paling tinggi la ye..kira rendah jgk la tu..i ...

Sama la...tak memfollow mana
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 03:12 PM | Show all posts
tak kisah follower ramai tapi engagement teruk.

ada yang tersenarai kat atas ni, bila buat post 5-8 k likes je per picture, x justified dengan bilangan followers.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 6-8-2021 03:08 PM
their followers (retis turki) jauh lebih rendah tapi their likes jauh lebih tinggi

chuols tgk burak oktiviz ke apa nth nama heshe..lg tinggi dr jahlop belas2 juta..
hande ercel puluh juta jua
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
aku xfollow semua retis yg tersenarai kat atas tu. lol
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 6-8-2021 03:06 PM
retis Turki .... 2.4 million followers aje.



dia ni pelakon baru kheun..xfamous sgt kt turki..baru satu dua drama jer
.i ingt citer yemin..rupanya couple bethol ngn hero dlm cite tu..hero tu kertu yach..
done ot
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
gadisbunga91 replied at 6-8-2021 03:09 PM
Sama la...tak memfollow mana

kheunn..i usha bila ada pape hot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.065261 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list